Thursday, March 6, 2008

Tebus Talak (Khulu')

1) PENGERTIAN KHULU’

Dari segi bahasa arab ertinya: cabut, tanggal seperti menanggalkan baju, pakaian dan sebagainya. Pengertian ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"mereka itu (isteri-isteri) adalah pakaian kamu dan kamu (suami-suami) adalah pakaian mereka."
(Surah : Al-Baqarah : ayat 187)

Dari ayat tersebut dapat difahamkan bahawa isteri-isteri itu dianggap pakaian untuk suami dan suami-suami merupakan pakaian untuk isteri-isteri, oleh yang demikian sekiranya berlaku khulu’, seolah-olahnya suami isteri itu masing-masing telah meninggalkan atau mencabut pakaiannya.Dari segi syarak ertinya : perceraian yang diminta oleh isteri kepada suaminya dengan bayaran.

2) DALIL HARUS KHULU’

1. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka sesuatu, kecuali jika takut kedua-duanya bahawa mereka kedua tidak menurut perintah-perintah Allah maka tidaklah berdosa kedua-duanya tentang barang yang dibuat tebusan oleh perempuan itu.
(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

2. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Ambillah kebun yang dijadikan maskahwin itu dan ceraikanlah dia."
(Riwayat Al-Bukhari)

Hadith ini ditujukan oleh Rasulullah SAW terhadap Sabit bin Qais yang mana isterinya bernama Habibah bte Sahal Al-Nasari memohon cerai di samping mengembalikan semua maskahwinnya kepada Sabit bin Qais, tebusan talaq yang dilakukan oleh isteri Sabit ini adalah merupakan tebusan talaq yang pertama kali berlaku di dalam Islam.

3) HIKMAH KHULU’

Kalau talaq merupakan suatu perkara yang dibenci oleh syarak, begitulah juga khulu’, kerana kedua-duanya ini mempunyai erti yang sama iaitu memutuskan ikatan perkahwinan, tetapi oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat diatasi maka syarak membenarkan dan mengharuskan talaq, begitu juga tebusan talaq, cuma tebusan talaq itu selalunya adalah kemahuan isteri-isteri.

Di sini bolehlah dibuat kesimpulan tentang hikmah-hikmah yang diharuskan khulu’:
1. Perbalahan atauu pergaduhan yang berlaku di antara suami isteri itu tidak dapat diperbaiki lagi.
2. Untuk mengelakkan kemudharatan yang diamali oleh isteri bila hidup dengan suami-suami yang tidak bertanggungjawab.
3. Bila isteri tidak sanggup lagi hidup dengan suami dan inginkan berpisah dari suaminya.
4. Bila kedua-duanya tidak dapat lagi memohon syarat-syarat berumahtangga sebagai suami isteri.

4) RUKUN KHULU’

1. Isteri
2. Suami
3. Bayaran
4. Sighah (lafaz)

5) BEBERAPA PERKARA YANG BERHUBUNG DENGAN KHULU’

1. Isteri yang menebus talaq itu tidak boleh dirujuk semula, kecuali dengan akad nikah yang baharu serta memenuhi syarat-syaratnya.
2. Bayaran tebus talaq itu tidak dihadkan sedikit atau banyak, berhutang atau tunai, wang atau barang-barang lain, malah terpulanglah kepada persetujuan dan kerelaan suami isteri itu asalkan bayaran itu dari sesuatu yang berfaedah.
3. Tebus talaq boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, boleh dilakukan di masa perempuan sedang suci atau haid, berlainan dengan talaq biasa, diharamkan di waktu haid dan di waktu suci yang disetubuhi di ketika suci itu, kerana tebus talaq ini adalah dari kemahuan dan kerelaan perempuan itu sendiri.
4. Jika talaq secara paksa tidak sah, maka begitu juga tebus talaq tidak boleh dipaksa, malah mestilah dengan persetujuan suami isteri, tetapi dalam pada itu kalau pihak suami berdegil dan berkeras tidak mahu sedangkan ianya mesti dilakukan, ntuk mengelakkan kemudharatan atau kesengsaraan yang dialami oleh isteri. Dalam hal ini pihak qadhi boleh bertindak.
5. Cara melafazkan tebus talaq, seperti kata suami:

“Saya ceraikan awak dengan bayaran dua ratus ringgit”

lalu isteri menjawab :

“saya terima dengan bayaran tersebut,”

atau kata isteri :

“ceraikan saya dengan bayaran dua ratus ringgit”

jawab suami:

“saya ceraikan awak dengan bayaran tersebut”.

Syafiq



Sighah

Mengapa Berkahwin


Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaiknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Falsafah Perkahwinan Dalam Islam
Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.


Rukun Nikah
1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang berhak mengahwinkan perempuan itu.
4. Dua orang saksi yang menjadi saksi dalam perkahwinan itu.
5. Sighah yang mengandungi ijab dan Kabul.


Sekadar gambar hiasan

Seperti yang ditunjukkan di atas, nikah mempunyai 5 rukun yang mana apabila ditinggalkan salah satu dari pada rukun-rukun itu perkahwinan atau nikah tidak akan sah. Selanjutnya dalam artikel ini saya akan memberikan serba sedikit maklumat mengenai rukun nikah yang ke-5 iaitu sighah. Sighah mengandungi ijab dan kabul.

MAKSUD
· Ijab :
Lafaz nikah yang diucapkan olah wali
· Khobul :
Lafaz penerimaan nikah yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya.

Disyaratkan sighah bagi perkahwinan sama dengan sighah bagi jual-beli. Secara amnya setengah daripada sighah itu dipersetujui ( اتفاق ) oleh semua ahli-ahli fiqh(فقهاء ) dan setengah daripadanya pula berlaku perselisihan pendapat (خلاف ) di antara para ahli fiqh.


Para ahli fiqh bersepakat mengatakan, terjadinya akad nikah dengan perkataan “nikah dan kahwin” ( النكاح دان التزويج ), kerana kedua-duanya berdasarkan nas Al-Quran,
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Maka hendaklah kamu kahwin mana-mana perempuan yang kamu ingini, dua, tiga, atau empat…. "

Contohnya :

"sahaja aku nikah/kahwin akan dikau, si fulan bin si fulan dengan ………….. "

Manakala lafaz yang berlaku perbezaan pendapat dikalangan ahli-ahli fiqh ialah penggunaan perkataan jual-beli , هبة( pindah hak milik ), hadiah, pemberian, dan seumpamanya daripada perkataan-perkataan yang menunjukkan memiliki barang itu serta merta dan kekal milikan itu selama hayatnya.


Contohnya :

"Sahaja aku jual anak aku si fulan binti si fulan kepada engkau……….."
"Sahaja aku hadiahkan anak aku si fulan binti si fulan kepada engkau………."
"Sahaja aku beri anak aku si fulan binti si fulan kepada engkau……….."



Pandangan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki :

· Sah perkahwinan dengan perkataan-perkataan tersebut (jual-beli, hadiah, pemberian ) dengan syarat niat atau karenah yang menunjukkan ingin melangsungkan perkahwinan seperti menyatakan mahar serta menjemput orang ramai dan saksi faham maksud itu, kerana yang dituntutnya ialah mengetahui tujuan tersebut oleh pihak yang melakukan akad.

Pandangan Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali :

· Tidak sah akad nikah dengan perkataan-perkataan tersebut (jual-beli, hadiah, pemberian ) dan tidak terakad kecuali dengan perkataan ( النكاح دان التزويج ) dan terjemahan kedua-duan lafaz itu kerana telah dating nas Al-Quran sebagaimana dinyatakan di atas.

Najmun

Fasakh

Pengertian Fasakh

Fasakh ialah membatalkan pernikahan dengan kuasa kadi kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika akad ataupun terdapatnya kecacatan pada isteri atau suami.
Erti fasakh menurut bahasa adalah rosak ataupun putus manakala menurut syarak pula bermaksud pembatalan nikah oleh sesuatu sebab yang dibenarkan syarak.
Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya tetapi fasakh hanya boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan pada pihak isterinya.Mengikut mazhab Syafie,seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan pada suaminya.

Penceraian melalui fasakh tidak boleh dirujuk semula. Jika ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru. Fasakh boleh berlaku kerana :
  1. Terdapatnya kecacatan ketika akad seperti tidak menepati syarat-syarat pada Rukun Nikah.
  2. Terdapatnya kecacatan pada rumahtangga yang disebabkan oleh suami/isteri

Sebab-sebab yang mengharuskan fasakh(disebabkan oleh suami/isteri)
Fasakh bererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Amla seperti berikut :
1)Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.
2)Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.
3)Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
4)Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
5)Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.
6)Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.

Cara melakukan Fasakh
1.Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh.
2.Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka.
3.Jika dapat dibuktikan pengaduan yang doberiakn adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya.
4.Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

Hikmah Fasakh

1. Mengelakkan isteri dianiayai dan diseksa oleh suami.
2. Menunjukkan keadilan Allah kepada hambanya. Jika suami diberikan talak, isteri diberikan fasakh.
3. Memberi peluang isteri berpisah daripada suaminya dan memulakan hidup baru.
4.Memberi ketenangan jiwa kepada pasangan tersebut setelah berpisah.

Hafeez

Soal Jawab Mengenai Perkahwinan

Pernikahan Rahsia di Thailand

Soalan: Saya telah bernikah di Siam secara senyap-senyap untuk mengelakkan dosa maksiat. Apa hukumnya setelah bernikah di Siam, kemudian saya bernikah sekali lagi di Malaysia? Dan kalau ada orang bertanya sudah kahwin ataupun belum, saya jawab belum bagi menutup rahsia, bagaimana?

Jawapan: Akad nikah sah apabila cukup dengan syarat-syaratnya yang telah digariskan oleh para ulamak iaitu mesti ada calon suami, calon isteri, wali, saksi dan ijab dan kabul. Sehubungan dengan itu akad nikah walaupun di negara mana sekalipun diadakan termasuk di negara jiran Thailand adalah sah jika mencukupi syarat-syarat dan rukunnya. Cuma yang sering menjadi persoalan ialah adakah akad nikah itu benar-benar dilakukan dengan imam-imam yang bertauliah dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Biasanya kerajaan Malaysia hanya mengiktiraf imam-imam yang benar-benar layak sahaja. Ini bermakna akad nikah yang dijalankan oleh imam-imam yang tidak bertauliah tidak sah. Soalnya sekarang kenapa harus berkahwin di Thailand tidak di negara sendiri. Jika alasan yang diberikan ialah kerana wali perempuan tidak mengizinkan akad nikah itu, sedangkan kedua pasangan sudah sekufu maka kes seumpama ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah, kerana ia termasuk dalam kes wali enggan mewalikan perkahwinan. Pihak berkuasa agama di negara kita mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan perkara ini. Kerana itu kenapa semestinya bernikah di negara jiran.
Akad nikah yang dilangsungkan sekali lagi kerana memenuhi keperluan undang-undang pendaftaran nikah kahwin di Malaysia tidaklah membatalkan perkahwinan yang pertama. Bagaimanapun perkara ini amat tidak elok dilakukan, kerana menampakkan soal nikah kahwin yang begitu besar urusannya itu seolah-olah menjadi bahan permainan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mengadakan akad nikah sekali lagi kerana urusan pendaftaran tidak menjadi masalah.
Jika anda mengaku masih bujang sedangkan anda sudahpun berkahwin, maka perbuatan anda ini termasuk dalam ertikata kinayah atau penggunaan simbolik. Ini bermakna jika anda berniat untuk menceraikan isteri anda, maka jatuhlah talak ke atas isteri anda itu mengikut yang anda niatkan. Tetapi jika anda bermaksud untuk menyembunyikan perkahwinan itu takut mendapat malu, maka perbuatan anda ini amat tidak wajar kerana menyalahi sunnah Rasulullah yang menyuruh supaya diisytiharkan perkahwinan dan disembunyikan pertunangan.
Kecuali pada pandangan anda, anda akan ditimpa mara bahaya yang lebih besar dan kemungkinan anda akan dibunuh jika anda mengumumkan perkahwinan anda, dikala itu haruslah kepada anda menyembunyikannya buat sementara waktu perkahwinan itu. Bagaimanapun anda tidak boleh menyembunyikannya secara berterusan. Sampai bilakah anda harus berada dalam keadaan begitu?

Hamil Anak Luar Nikah

Soalan: Saya mengandung 5 bulan tapi kandungan ini anak luar nikah. Saya tidak tahu nak buat apa. Berkali-kali saya mencuba untuk mengugurkannya tapi tidak menjadi. Saya berbuat demikian kerana ingin menutup malu keluarga. Buat sementara ini keluarga saya tidak tahu lagi. Saya tidak mahu berkahwin kerana saya masih muda lagi. Saya tidak tahu di mana hendak cari jalan penyelesaian?

Jawapan: Zina termasuk perbuatan yang diharamkan dan merupakan dosa besar bagi yang melakukannya. Bahkan mendekatinya pun diharamkan. Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:

"Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan".
(Surah Al Isra' ayat 32)

Islam dengan keras melarang perzinaan serta memberikan peringatan tegas, kerana perzinaan mengaburkan zuriat, merosakkan nasab, merosakkan akhlak dan menimbulkan penyakit yang sukar diubati.
Akibat yang diterima oleh orang yang melakukan zina ditegaskan lagi oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda maksudnya:

"wahai umat manusia, takutlah perbuatan zina kerana ia menyebabkan enam perkara. Tiga perkara di dunia dan tiga lagi di akhirat. Adapun yang di dunia adalah, menghapuskan kebaikan, membawa kemiskinan dan mengurangi umur. Adapun yang di akhirat, dimurkai Allah, hisab yang buruk dan seksa neraka".

Untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi, hendaklah anda menempuh cara-cara sebagai berikut:
1. Pertama sekali anda hendaklah segera bertaubat atas dosa dan kesilapan yang telah anda lakukan. Taubat dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu. Lakukanlah solat fardhu lima waktu dan banyakkanlah beristigfar dan menyesali perbuatan dosa masa silam.
2. Janganlah anda menggugrkan kandungan yang telah berusia lima bulan tersebut kerana kandungan anda itu telah berbentuk wujud manusia bahkan telah ditiupkan roh ke atasnya. Jika anda menggugurkannya bererti anda telah membuat dosa yang besar iaitu membunuh jiwa manusia.
3. Segeralah mendirikan rumahtangga kerana dengan jalan ini anda telah membantu diri sendiri dalam menjaga akhlak dan moral serta dapat menyalurkan nafsu berahi dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Usia yang muda bukanlah menjadi ukuran seseorang itu menahan dirinya dari hasrta untuk mendirikan rumahtangga kerana Siti Aisyah pun berkahwin dengan Rasulullah SAW saat beliau berusia 9 tahun dan setelah baligh (keluar haid) pada umur 12 tahun beliau baru menjalin hubungan dengan Rasulullah SAW. Jadi jelaslah usia bukanlah menjadi penghalang untuk anda mendirikan rumahtangga, asalkan anda telah mencapai usia baligh.

Tidak Mampu Memberi Nafkah (Poligami)

Soalan: Saya mempunyai dua orang isteri, kedua-duanya tidak mempunyai anak . Saya ingin mencerai salah seorang kerana tidak mampu untuk menampung (tidak berkemampuan). Masalahnya, tiada sebab saya menceraikannya kerana alasan ekonomi. saya minta penjelasan mengenai masalah ini?

Jawapan: Di dalam Islam menganjurkan kita berkahwin hingga empat orang jika tidak mampu memadailah dengan seorang isteri. Jika anda telah berkahwin dua bererti anda telah menyiapkan diri untuk mengikuti sunnah yang diredhai. Janganlah mencari alasan kerana ingin melepaskan tanggungjawab dan menyenangkan diri sendiri. Setelah berpoligami jalankanlah dengan baik, kemungkinan kesukaran yang anda hadapi sekarang ini merupakan dugaan saja yang mengandungi banyak hikmah dan rahmat. Bersabarlah dalam menjalankan sunnah, dan bekerjalah dengan lebih tekun demi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami kerana perkara inilah yang lebih dituntut dan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah SWT. Wallahu A'lam.

Isteri Memukul Suami

Soalan: Apakah hukum seorang isteri yang memukul suami yang tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dan apakah tindakan yang wajar yang harus diambil oleh suami yang dipukul?

Jawapan: Isteri yang solehah adalah mematuhi segala perintah suami dengan penuh taat, selagi suami tidak mengajak isteri kepada perbuatan maksiat atau mempersekutukan Allah. Diantara ciri-ciri isteri yang solehah iaitu memiliki budi pekerti yang murni, mempunyai sifat persefahaman, pengorbanan, ketabahan dan penuh pengertian. Kemudian ditambah dengan sifat patuh dan taat kepada suami, mengurus rumahtangga dengan baik, berhias untuk suami, melayani suami, berpakaian menurut ajaran Islam dan memberi motivasi terhadap cita-cita suami.
Jika seorang isteri telah berani memukul suami apakah suami bersalah ataupun tidak itu merupakan sifak kederhakaan yang dikutuk oleh Allah. Sebab keredhaan Allah terhadap seorang isteri itu tergantung kepada keredhaan suaminya. Seandainya suaminya tidak redha maka isteri akan menerima seksaan Allah yang berat di akhirat nanti. Wallahu A'lam

Tinggal Serumah yang Bukan Muhrim

Soalan: Apakah batas aurat adik lelaki saya dengan emak mertua saya sedangkan mereka tinggal serumah dengan saya dan adakah dibolehkan dalam islam mereka ini tinggal serumah?

Jawapan: Adik lelaki saudari dengan emak mertua saudari bukan muhrim oleh sebab itu didalam berpakaian hendaklah memenuhi tuntutan Islam agar tidak menimbulkan sebarang fitnah dan sebagainya. Mengenai tinggal serumah dengan saudari dan emak mertua serta ahli keluarga yang lain dibolehkan asal menjaga adab dan nilai-nilai ajaran Islam. Sila rujuk ayat mengenai muhrim surah An Nisaa' ayat 22 dan 23.

Pemberian Nafkah Seorang Suami

Soalan: Saya mempunyai seorang adik perempuan yang sudah bersuami dan mempunyai anak seramai enam orang yang sedang meningkat remaja. Masalahnya sekarang ialah adik saya bekerja sementara suaminya tidak bekerja. Untuk makluman ustaz suami adik saya ini seorang pengikut Tabligh yang kadang-kadang meninggalkan keluarga sehingga seminggu atau pun lebih. Menuntut ilmu agama sememangnya dituntut tetapi masalahnya sepeninggalannya suami tidak meninggalkan nafkah makan minum isteri dan anak. Baginya isteri bekerja, jadi suami tidak ambil endah langsung. Kemungkinan si suami berfikir ibubapanya ada yang masih boleh melihat anak isterinya samada makan atau pun tidak, tak kan datuk nak biarkan anak cucunya kebuluran.... Si isteri kadang-kadang tidak tahan lalu mengadu dengan kakak dan abang... Di sini saya ingin mendapat pandangan ustaz mengenai perkara ini. Terima kasih.

Jawapan: Menurut institusi kekeluargaan dalam Islam menjadi tanggungjawab seorang suami memenuhi keperluan kehidupan keluarganya baik dari segi nafkah lahir mahupun batin.Suami juga berkewajipan menggauli isteri dengan baik, suami juga harus menyediakan makanan yang baik, pakaian dan juga pendidikan agama yang sempurna untuk keluarganya. Begitu juga sebaliknya isteri berkewajipan melaksanakan tanggungjawabnya dalam keluarga, seperti mengakui kepimpinan suami, taat kepada suaminya, keluar rumah dengan izin suami, melahirkan rasa kegembiraan di hadapan suami, dilarang menunjukkan sikap sombong, ego dan sebagainya. Jika tanggungjawab masing-masing suami isteri tidak dijalankan dengan baik, maka itu merupakan pertanda penyimpangan dalam menjalankan institusi rumahtangga.
Jika terjadi kecuaian suami atau isteri atau kedua-duanya dalam menjalankan tanggungjawab ini, perlu diberitahukan kepadanya akan kelalaiannya itu baik secara langsung mahupun menggunakan orang ketiga. Seandainya cara ini tidak berhasil kerana kecuaiannya ataupun ketidakmampuannya, maka isteri dituntut agar redha dengan keadaan tersebut. Dalam perkara ini kita boleh merujuk kepada kehidupan Rasulullah dengan Siti Khadijah. Dari segi kekayaan, Khadijah merupakan seorang jutawan pada zamannya, namun beliau redha seluruh harta kekayaan itu digunakan oleh suaminya dalam menegakkan Islam, akhirnya kehidupan keluarga baginda sangat sederhana bahkan miskin dari harta dan benda.
Seandainya isteri tabah dan redha menghadapi cubaan dan cabaran hidup ini maka sangat besar pahala baginya. Sedangkan suami yang tidak menjalankan tanggungjawabnya hanya Allah akan membalas kelalaiannya itu. Dengan ketabahan seorang isteri memberi nafkah anak-anaknya dan dirinya sendiri, insya Allah akan dimudahkan Allah perjalanan hidup dan rezekinya. Dengan cara ini juga, insya Allah hati suaminya akan kembali menjalankan tanggungjawabnya.

Hariz Azhar

Wednesday, March 5, 2008

Soal Jawab Mengenai Jimak

Hukum Mencium Alat Kelamin

Soalan: Apa hukumnya suami mencium faraj isteri dan isteri mencium zakar suami?

Jawapan: Setelah melangsungkan perkahwinan seorang suami halal berseronok-seronok dengan isterinya sebagaimana halal kepada seorang isteri berseronok-seronok dengan suaminya. Perkahwinan adalah satu saluran terbaik kepada seorang suami dan isteri melepaskan runtunan nafsu semulajadinya dan cara ini dihalalkan oleh syarak dan diiktiraf oleh masyarakat. Selain itu Islam juga menekan soal adab sopan dalam menjalani rumah tangga. Melihat kepada nas Al-Quran secara umumnya ia menjelaskan keharusan mendatangi isteri mengikut yang disukai oleh suaminya.
Bagaimanapun suami melihat dan mencium alat kelamin isteri dan isteri melihat alat kelamin dan mencium alat kelamin suami ketika melakukan persetubuhan menjadi satu perkara yang diperselisihkan di kalangan ulamak. Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana ia boleh mewarisi penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan antara suami dan isteri.
Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang sudah sah perkahwinannya.
Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti.

Persetubuhan Melalui Dubur

Soalan: Hadis/kitab mengatakan persetubuhan melalui belakang (dubur) adalah HARAM. Bagaimana pula kalau dilakukan di belakang tetapi melalui faraj ?

Jawapan: Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Bila terjadi isteri harus berusaha menolaknya sekalipun dia diancam oleh suami dengan berbagai seksaan. Kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan yang sangat terkutuk di sisi Allah. Orang yang berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan darjat kemanusiaan. Termasuk golongan orang yang zalim serta bersifat seperti binatang. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Terkutuk, terlaknatlah siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya"
(HR. Ibnu Adi, Abu Dawud dan Ahmad)

Mengenai cara berjimak terpulanglah kepada kita masing-masing untuk melakukannya asalkan perlu di jaga adab-adab berjimak seperti tidak melalui dubur serta menutup tubuh dengan selimut serta menjaga adab-adab yang lain agar hubungan suami isteri lebih harmoni. Melalui depan atau belakang tidak ada masalah bahkan dalam ayat Al Quran secara jelas menerangkan:

"Isteri-isterimu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana saja yang kamu kehendaki"
(Surah Al Baqarah ayat 223)


Mengambil Wuduk sebelum dan Sesudah Jimak

Soalan: Wajib atau sunat membasuh kemaluan dan mengambil wudhuk, apabila hendak meneruskan persetubuhan kali kedua ?

Jawapan: Hukum mengambil wuduk sebelum melakukan jimak adalah sunat. Begitu juga setelah berjimak mengambil wuduk ketika itu juga sunat hukumnya, namun Rasulullah SAW selalu mengamalkanya jika baginda ingin melanjutkan jimaknya, tujuannya agar badan terasa lebih segar sehingga untuk meneruskan jimak berikutnya ghairah syahwat lebih tinggi dan dapat menimbulkan kepuasan antara kedua-dua belah pihak antara suami dan isteri.

Adab Berjimak

Soalan:
1) Apakah adab-adab untuk berjimak?
2) Bagaimana kalau si isteri termakan sperma suaminya dan apakah hukumnya?
3) Apakah hukumnya seseorang lelaki itu melancap?

Jawapan:
1) Diantara adab berjimak iaitu:
  • Dalam melakukan persetubuhan dengan isteri bukanlah semata-mata hanya memenuhi keinginan nafsu berahi belaka. Niat dalam hati adalah untuk memenuhi kewajipan dari Allah dan sunnah Rasulullah.
  • Sebelum bersetubuh hendaklah membaca doa.
  • Waktu melakukan persetubuhan dengan isteri dilakukan dengan hati yang gembira serta menjauhkan perasaan susah. Tidak dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi kenikmatan.
  • Dianjurkan kepada suami dan isteri memakai pakian yang bersih dan memakai harum-haruman.
  • Suami tetap berusaha agar kedua belah pihak mencapai kepuasan secara bersama.
  • Islam juga menganjurkan agar berwuduk sebelum melakukan jimak serta mengulangi wuduk kembali jika ingin melakukan persetubuhan yang kedua. Dengan berwuduk kesegaran badan kembali pulih.
  • Setelah bersetubuh suami dan isteri hendaklah mencuci kemaluannya atau berwuduk sebelum tidur.
  • Ketika bersetubuh tutuplah dengan selimut agar tidak menyerupai perangai binatang dan menjaga aib keluarga. Demikianlah di antara ada berjimak, masih banyak lagi ketentuan dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang dapat kita baca melalui buku-buku atau kitab-kitab.
2) Setengah ulama mengatakan hukum termakan sperma itu makruh, kerana sperma bukan najis

Lama Masa Untuk Berjimak

Soalan: Berapa lamakah masa yang selalu diambil oleh seseorang lelaki ketika melakukan jimak, iaitu sebelum keluarnya air mani?

Jawapan: Dalam melakukan jimak, yang dituntut oleh sunnah adalah puncak kepuasan berjimak itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memerintahkan agar suami melakukan cumbu rayu sebelum melakukan jimak. Cumbu rayu ini bertujuan agar kepuasan berjimak itu dapat dinikmati bersama dan tidak hanya sebelah pihak sahaja. Lama masa bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang menjadi perkara asas adalah kepuasan. Walaupun satu minit jika kepuasan dapat dinikmati, maka tujuan jimak telah tercapai. Tetapi jika masa digunakan panjang sedangkan faktor kepuasan dan kenikmatan bersama diabaikan maka tujuan jimak tadi tidak mengikut sunnah. Jika ini yang terjadi maka suami mengabaikan hak isteri dan jika disengajakan maka hukumnya berdosa. Wallahu A'lam.

Muhammad Asyraf Abd Wahab

Idah

IDAH

MAKSUD
· Bahasa : tempoh pengiraan
· Istilah : tempoh masa larangan berkahwinan yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami
Sebab-sebab disyaratkan idah ialah:
Memberi peluang kepada suami untuk merujuki bekas isterinya jika dalam idah raj’i.
Sebagai masa berkabung bagi isteri yang telah kematian suami.
Memberi peluang kepada isteri membuat persediaan untuk memulakan penghidupan yang baru.
Untuk memastikan rahim isteri bersih dan bebas daripada benih (zuriat) bekas suaminya.

TEMPOH IDAH
Bagi isteri yang dicerai oleh suaminya:
Tiga kali suci daripada haid bagi perempuan yang belum putus haid.
Tiga bulan bagi perempuan yang telah putus haid.
Tidak ada idah bagi isteri yang belum disetubuhi oleh suaminya.
Jika perempuan itu hamil, idahnya setelah melahirkan anak.

Firman Allah S.W.T
( Surah al-Ahzab : Ayat 49 ) Maksudnya :
…apabila kamu menikahi perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu setubuhi mereka, maka tiadalah berhak terhadap mereka tentang sebarang idah yang boleh kamu hitungkan…

Bagi isteri yang kematian suami:

  • Empat bulan sepuluh hari bagi perempuan yang tidak hamil.
  • Setelah melahirkan anak, jika perempuan itu hamil.

Firman Allah S.W.T
( Surah al-Talak: Ayat 4 )

Maksudnya :
….Dan mereka yang sedang hamil, tempoh idah bagi mereka ialah sehingga mereka melahirkan kandungannya….


SEBAB PERBEZAAN TEMPOH IDAH :
· Bagi perempuan bercerai hidup
§ Dapat membersihkan rahim daripada benih hasil hubungan dengan bekas suami
§ Cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan bagi yang sedang hamil
· Bagi perempuan bercerai mati
§ Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan
· Bagi perempuan yang belum disetubuhi
§ Tiada idah kerana rahimnya suci daripada benih suami


HAK DAN STATUS ISTERI SEMASA DAN SELEPAS IDAH :


· Hak semasa idah
§ Bagi yang diceraikan dengan talak satu / dua
- Masih dibawah tanggungjawab suami
- Berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya ( nafkah, tempat tinggal, pakaian dll )
- Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinannya
§ Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak bain
- Isteri tidak boleh dirujuk
- Tidak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal
- Tidak mendapat hak perwarisan harta
§ Bagi isteri yang kematian suami
- Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya
· Hak selepas idah
§ Tidak mempunyai hubungan lagi dengan bekas suami
§ Bebas menetukan kahidupan sendiri
§ Pasangan bercerai tamat idah berhak berkahwin semula
§ Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin memperisterikannya

KEADAAN ISTERI SELEPAS TAMAT IDAH
Tidak berhak mendapat nafkah daripada bekas suaminya.
Bekas suami tidak mempunyai tanggungjawab terhadap bekas isterinya.
Bekas isteri bebas menentukan corak hidupnya sendiri.
Suami boleh rujuk isterinya kembali melalui akad nikah yang baru.

PERKARA YANG DILARANG SEMASA IDAH
Dipinang
Ø Bagi perceraian hidup
Diharamkan sama ada pemingan secara terang / sindiran
Ø Bagi perceraian mati
Diharamkan sama ada pemingan secara terang, tetapi harus secara sindiran
Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami
Ø Bagi perceraian hidup
Diharamkan keluar rumah tanpa izin suami kecuali untuk keperluan syarak
Ø Bagi perceraian mati
Diharamkan keluar rumah kecuali untuk keperluan syarak
Menghias diri
Ø Bagi perceraian hidup
Jika dalam idah raji'e diharuskan berhias. Jika dalam idah bain disunatkan tidak berhias
Ø Bagi perceraian mati
Diharamkan berhias
Berkahwin
Ø Bagi perceraian hidup
Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suami
Ø Bagi perceraian mati
Diharamkan berkahwin

HIKMAH DISYARIATKAN IDAH
Memberi peluang kepada suami dan isteri berbaik-baik dan memulakan penghidupan baru dengan lebih bertanggungjawab.
Semasa dalam tempoh idah, masing-masing dapat memikir dan memperbaiki kesilapan dan kelemahan tersebut sebelum meneruskan penghidupan baru.
Menjamin kesucian keturunan. Dalam tempoh idah, rahim seorang perempuan hendaklah suci sebelum berkahwin lagi ( selepas tiga kali suci ).
Memberi penghormatan kepada kaum wanita. Dalam masa yang idah, bekas suami bertanggungjawab menyara makan, minum dan tempat tinggal bekas isterinya.

-Muhammad Fareez bin Fuad-

Zihar

DEFINISI ZIHAR

Zihar berasal daripada perkataan zihar yang bererti belakang. Apabila seorang suami mengatakan bahawa isterinya seperti belakang ibunya, maka berlakulah zihar. Dalam konteks zihar, dua aspek utama yang menjadi perhatian. Pertama, perkataan belakang hanya sebagai kiasan sahaja, sedangkan secara hakikatnya ia merangkumi semua angggota tubuh badan kecuali mata kerana ia bukan zihar yang jelas. Oleh itu, jika diniatkan sebagai sautu penghormatan maka tidak menjadi zihar. Sebaliknya jika diniatkan talak maka jadi zihar. Kedua, wanita yang menjadi perbandingan ialah wanita yang haram dikahwini oleh suami.
Jika kita telitikan apa yang dimaksudkan oleh Zihar mengikut Imam Syafie':”Lafaz suami menyamakan mana-mana ANGGOTA ZAHIR ISTERI dengan ANGGOTA WANITA MAHRAM MUABBAD kepada suami”Perhatikan perkataan 'LAFAZ'.Ini bermakna, zihar hanya disabitkan apabila ada lafaz dan lafaz tersebut JELAS menyamakan mana-mana anggota ZAHIR Isteri dengan mana-mana Anggota Wanita Mahram Muabbad.(Kekal Haram Dikahwini).
Firman ALLAH SWT berkenaan Hukum Zihar ini ada dalam Surah Al-Mujadalah, Ayat ke 2 hingga 4.

Zihar pada budaya arab adalah menyamakan isteri dengan punggung emak lelaki tersebut dengan tujuan menghinanya dan merendah-rendahkannya dan juga mengimplikasikan zihar, tetapi gurauan dan sendaan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai niat tersebut tidak membawa kepada zihar.


KAFFARAH ZIHAR
Setiap suami yang sah talaknya sah ziharnya. Zihar boleh berlaku secara dan secara sementara. Zihar sementara ditentukan masanya seperti sebulan, tetapi zihar kekal tidak ditentukan masanya. Setelah melakukan zihar jika pihak suami mahu kembali bersama isterinya maka dia dikenakan membayar kaffarah. Jika pihak suami tidak membayar kaffarah maka dia mesti menceraikan isterinya.

Kaffarah zihar ialah membebaskan hamba, jika tidak mampu hendaklah memberi makan atau pakaian kepada 60 orang fakir miskin. Jika itu masih lagi tidak mampu maka hendaklah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Suami yang melakukan zihar mestilah membayar kaffarah sebelum melakukan perhubungan kelamin dengan isterinya. Perbuatann zihar mungkin berlaku jika suami jahil tentang hukum-hakam.

RUKUN ZIHAR
1. Suami
2. Isteri
3. Perkara yang diserupakan
4. Lafaz zihar

PERINCIAN
Rukun Pertama: Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas
Rukun Kedua: Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya
Rukun Ketiga: (Perkara yang diserupakan)

Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami: Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama’ :-
1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar . Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.

2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.
Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim’ tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu.Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar.

Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. Kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian.

Syarat yang diperselisihkan :-
- Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.
- Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti “Belakang atau punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi dan Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.
- Bagaimanapun Ulama’ Hanbali dan Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DENGAN SYARAT MENYAMAKAN DENGAN SEBATANG ANGGOTA YANG TIDAK HALAL DILIHAT SEPERTI PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dan lain-lain yang seerti. Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dan lain-lain, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR. Semua mazhab mempunyai dalil masing-masing.

Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar.
Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)
Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.
Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertian semasa seperti “Punggung dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”
Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka perut dinda seperti perut bondaku”
Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti : “Punggung dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut dinda seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan”.
Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar.

c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bahagian yang diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi).

Hazim

Punca Keretakan Rumah Tangga

PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA

Berpunca dari SUAMI :

1. Kurang pelajaran dan pendidikan agama yang menyebabkan pihak suami tidak menyedari tentang tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan tertantu dalam sesebuah rumahtangga.
2. Berpunca dari nafkah lahir yang tidak mencukupi sama ada kerana kesempitan hidup atau lain.
3. Tidak ada persesuaian yang munasabah tentang umur.
4. Perkahwinan dalam masa umur terlalu muda menyebabkan suami tidak sanggup memikul tanggungjawab.
5. Layanan suami tidak memuaskan.
6. Tidak mahu bertolak-ansur dalam satu-satu krisis yang dihadapi.
7. Suami tidak memberi hiburan dan kesukaan yang sepatutnya kepada isteri.
8. Suami berpoligami, pada halnya dia tidak cukup syarat.
9. Masalah nafkah batin yang tidak sempurna.

Berpunca dari pihak ISTERI :

1. Isterinya itu kurang pelajaran dan pendidikan agama yang menyebabkan pihak isteri tidak menyedari tentang tanggungjawab dan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang isteri.
2. Tidak ada persefahaman dalam hidup.
3. Layanan isteri terhadap suami tidak memuaskan.
4. Isteri lekas mengambil tindakan walaupun dengan sebab-sebab yang tidak munasabah dan tidak sesuai diketengahkan.
5. Isteri degil dan suka melawan suami.
6. Perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga.
7. Disebabkan isteri mempunyai anak tiri.
8. Isteri sibuk dengan kerjanya sehingga tiada kesempatan untuk bermesra dengan suaminya.
9. Isteri terpengaruh dengan kebendaan.

Berpunca dari campur tangan PIHAK KETIGA :

1. Keluarga mencampuri urusan rumahtangga yang tidak kena pada tempatnya.
2. Terpengaruh dengan hasutan dan anasir-anasir luar.
3. Kahwin secara paksa.
4. Tiada undang-undang yang rapi untuk mengawal perceraian.
5. Tiada bimbingan dalam masalah menyusun rumahtangga.

Amir

Hukum Talak

HUKUM TALAK

Oleh kerana kesulitan yang menimpa suami isteri dalam perkongsian hidup, kadang-kadang suatu perkahwinan itu tidak dapat memenuhi persefahaman antara mereka berdua.oleh itu,sebagai langkah yang terakhir dan terbaik bagi pasangan itu ialah talak atau dengan kata lain ialah berpisah.
Sebagaimana yang dinyatakan,islam tidak menggalakkan dan tidak menyukai berlakunya talak, dan kebenaran itu berubah menjadi makruh tetapi ia boleh berubah mengikut situasi atau hukum-hukum yang tertentu.

1) MAKRUH
Iaitu mnceraikan isteri yang baik perangainya dan tidak didapati apa-apa kesalahan yang dilakukannya. Contohnya, suami menceraikan isteri dengan sesuka hati tanpa sebab. Hal ini amat dimurkai oleh Alah S.W.T seperti yang telah diterangkan dalam hadis oleh Ibn Umar r.a.

2) SUNAT
Iaitu apabila dlam situasi suami tidak sanggup menanggung nafkah yang patut diberikan kepada isteri dan keluarga atau masing-masing tidak lagi dapat menyempurnakan kewajipan yang tertentu dalam menhadapi rumahtangga, atau kerana isteri tidak menjaga kehormatan dirinya(suami).

3) HARUS
Iaitu apabila seseorang itu menceraikan isterinya oleh kerana sebab-sebab yang tertentu dan isterinya itu berada dalam masa suci dari haid yang belum dipersetubuhi lagi dan tidak dalam masa mengandung.

4) HARAM
Iaitu apabila menjatuhkan talak tehadap isteri tanpa sebab yang dibenarkan,seperti talak bad’i, yang terbahagi kepada dua situasi iaitu :
à mentalakkan isteri sewaktu isteri sedang dalam haid.
à menjatuhkan talak sewaktu isteri suci yang telah dipersetubuhi semasa suci itu, dimana jika hendak menceraikan isteri jangan dijimak lagi selepas isteri suci dari haid.

5) WAJIB
Iaitu apabila berlaku perselisihan diantara suami isteri, sedangkan meraka berdua membuat perundingan tentang perkara itu dan mereka rasakan bahwa mereka perlu bercerai. Suami juga perlu menceraikan isteri jika dirasakan isteri itu telah menderhaka dan tidak berakhlak mulia sebagai isteri dan disisi islam.

Wan Mohd Ihsan

Rujuk

RUJUK DALAM ISLAM

Dari segi bahasa rujuk bermaksud kembali, manakala dari segi syarak pula rujuk bermaksud mengembalikan isteri kepada nikah balam waktu iddah bagi yang bukan talak ba’in. Rujuk adalah suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinan dengan bekas isteri yang baru diceraikannya sebelum habis waktu iddah isteri

DALIL HARUS RUJU‘
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:“Dan suami-suami, mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (ruju‘) akan isteri-isteri di dalam masa ‘iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian.”(Surah Al-Baqarah, 2:228)

·Allah subhanahu wata‘ala juga berfirman:
Maksudnya:“Maka apabila mereka telah mendekati akhir ‘iddah, ruju‘lah mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik).”(Surah At-Talaq, 65:2)

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah bersabda kepada ‘Umar ketika dikhabarkan bahawa anaknya (‘Abdullah) telah menceraikan isterinya ketika haidh maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Suruh anakmu supaya dia rujuk kepada isterinya.”(Maksud Al-Hadith)

RUKUN RUJU‘

1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).
2. Murtaji‘ iaitu suami yang mempunyai syarat-syarat tertentu.
3. Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.

SYARAT-SYARAT RUJU‘

1. Suami:
a) Hendaklah seorang yang berakal.
b) Baligh.
c) Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada sesiapa.
d) Tidak murtad.
2. Isteri:
a) Hendaklah yang sudah dicampuri.
b) Mestilah yang diceraikan dengan talaq raj‘iyy. Bukan dengan perceraian secara fasakh, khul‘ dan juga talaq tiga.
c) Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya.
3. Hendaklah tidak dihadkan kepada sesuatu masa dan waktu. Tidak sah ruju‘ dalam masa yang tertentu sahaja.
4. Tidak bergantung kepada sesuatu syarat. Ruju‘ disyari‘atkan adalah bertujuan untuk membolehkan suami isteri yang telah bercerai dengan talaq raj‘iyy meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih lagi dalam ‘iddah. Tetapi perlu diingat bahawa ruju‘ hendaklah dengan tujuan untuk berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan sebagainya.

PROSEDUR RUJU‘

1. Jika selepas perceraian yang boleh diruju‘kan (dalam ‘iddah raj‘iyy) dan ruju‘ telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal peruju‘kan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh peruju‘kan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan.
2. Bagi pihak-pihak yang ingin memohon ruju‘ atas persetujuan bersama semasa di dalam ‘iddah raj‘iyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki.
3. Setiap ruju‘ yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syari‘ah berkaitan sebelum ruju‘ dijalankan.
4. Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berpuashati bahawa ruju‘ tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syara‘, baharulah pendaftaran atau permohonan ruju‘ diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.
5. Pendaftaran atau permohonan ruju‘ hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah.
6. Setiap ruju‘ yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan.
7. Pemohon yang telah didaftarkan ruju‘ mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Ruju‘ (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Ruju‘.
8. Butir-butir peruju‘kan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah dalam Buku Daftar Ruju‘ (Borang 2E).

Nabila

Poligami

Poligami

Pendahuluan

Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan
manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan
peraturan perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia
berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke
arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang
retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang
membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.
Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang
utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara
seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan
perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu
masa.
Artikel ini akan memfokuskan kepada isu poligami kerana ia sering menimbulkan
pro dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat Islam. Kaum
lelaki mendabik dada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum
wanita pula berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran
itu topik ini cuba digarap dengan melihat konsep poligami mengikut hukum
syarak dan perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia.


Poligami Menurut Islam

Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan
kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan
inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun
temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bagi memastikan amalan
poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah
seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan
amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih
wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan
lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.
Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami
Ialah:-
firman Allah SWT dalam surah an-Nisa', ayat 3, yang bermaksud:

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)
perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahamba
perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)
supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.


Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa
Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib
dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika
tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu
rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa
yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa
kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa
kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak
berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang
dikahwini.


Syarat Poligami

1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri
Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama
ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di
sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah
batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri.
Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian
nafkah kepada isteri iaitu :
i. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,
ii. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurut
kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.
Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan
memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri
yang datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al-
‘Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa
sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal
pemberian nafkah. Walaupun begitu ia tidak boleh diamalkan jika boleh
membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.

2.Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri

Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua
isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di
antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini
wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan
beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan
musafir. Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan
keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun
begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang
perbezaan ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat
129 :

وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ آُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَ ا
آَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ آَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

Mafhumnya :
“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun
kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu
cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu
memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada
perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani.

2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman
Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal
isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami,
kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif
untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di
kalangan isteri. Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud
al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah,
pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana
tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan
juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.
Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan ister-isteri dalam rumah
yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan
perasaan.

2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam
Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri-isterinya
tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan
sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah
seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Walaubagaimanapun ‘Abd
al-Nasir Tawfiq al-‘Attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada
malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik
kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada:-
hadis Rasulullah SAW yangdiriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya :

حدثنا يحيى بن يحيى أخبرنا هشيم عن خالد عن أبي قلابة عن أنس بن مالك قال :
إذا تزوج البكر على الثيب أقام عندها سبعا وإذا تزوج الثيب
على البكر أقام عندها ثلاثا

Mafhumnya :
“ Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu
dia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga
malam ”.
(Riwayat Muslim)

Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan
perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada
kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada:-
hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :

أن سودة بنت زمعة وهبت يومها لعائشة ، وآان النبي صلى الله عليه
وسلم يقسم لعائشة بيومها ويوم سودة

Mafhumnya :
“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah
bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.

2.3. Adil Dalam Musafir
Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri-isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya
bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada
isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza
keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami
wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya
pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah
r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :

آان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه

Mafhumnya :
“ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di
antara isteri-isterinya ”.

Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan
mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang
menemaninya ketika musafir.

Nazirul

Rukun Nikah

RUKUN NIKAH

1. Calon isteri. (perempuan)
2. Calon suami. (lelaki)
3. Wali.
4. Dua orang saksi.
5. Akad ijab dan qabul.

1) SYARAT-SYARAT CALON ISTERI

1. Bukan mahram dengan bakal suami.
2. Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”. Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.
3. Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
4. Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
5. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

2) SYARAT-SYARAT CALON SUAMI

1. Bukan mahram dengan bakal isteri.
2. Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.

Nadzrin Fashli

Walimatulurus / Kenduri Kahwin

Walimatulurus

Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat Muakad kerana perbuatan tersebut adalah baik dan mulia. Tujuan Islam menggalakkan walimatulurus diadakan ialah:
Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan
Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak


Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."

Menghadiri walimatulurus apabila dijemput adalah wajib sekiranya tidak ada keuzuran. Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:
Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
Tidak memeningkan perkara haram dalam tersebut
Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.


Masa mengadakan kenduri

Mazhab Maliki - disunatkan selepas dukhul
- semasa akad nikah
- semasa akad dan selepas dukhul
Mazhab Hanbali - sebelum dukhul

Syarat-syarat wajib hadir ke majlis kenduri kahwin:
  • Tetamu jemputan itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
  • Yang menjemput itu hendaklah beragama Islam.
  • Tetamu yang dijemput juga hendaklah beragama Islam.
  • Kenduri itu bukan dari sumber yang haram.
  • Tetamu jemputan itu tidak menerima jemputan yang lain terlebih dahulu, jika ada, hendaklah dia menghadiri jemputan yang lebih dekat dari segi kerabat.
  • Tidak ada unsur kemungkaran dalam kenduri seperti minuman keras dan pergaulan bebas antara tetamu lelaki dan perempuan.

Isma Nazrizal

Saksi

1.Islam

· Hanya individu yg bernama muslim sahaja boleh mnjadi saksi dalam perkahwinan
· Org kafir tidak boleh sama sekali untuk mengelakkan brlakunya penipuan jika mereka ini dipanggil untuk penyaksian di mahkamah nanti.
· Ahli kitab turut tidak dibenarkan menjadi saksi pada masa kini disebabkan golongan ini tidak lagi berpegang kepada kitab-kitab dan ajaran Allah yang sebenar.

2.Mukallaf

· Saksi perlulah seorang yang sudah cukup umur(baligh) dan berakal
· Kanak-kanak tidak boleh dijadikan saksi,mereka tidak mampu untuk
menilai sesuatu dengan baik dan membezakan antara yang baik dan buruk.Dosa mereka juga masih ditanggung oleh ibubapa.
· Orang gila tidak terkecuali kerana atas sebab yang sama.

3.Adil

· Seorang individu yang tidak fasik iaitu tidak melakukan dosa-dosa kecil.



4.Merdeka

· seorang hamba tidak layak dipanggil untuk menjadi saksi
· hanya tuannya sahaja berhak ke atasnya dalam melakukan sesuatu
· ia juga untuk mengelakkan fitnah orang ramai disebabkan taraf seorang saksi itu ialah hamba

5.Lelaki

· Individu muslim yang benar-benar lelaki sahaja layak
· Golongan wanita tidak boleh dijadikan penyaksian.Sifat emosional bukan faktor utama mereka tidak dibenarkan,
· Ulama berpendapat lelaki mempunyai kewarasan dan rasional yang lebih baik dalam melakukan sesuatu.Dikhuairi wanita ini tidak dapat menanggung kesedihan lalu menangis yang menyebabkan majlis aqad terganggu.
· Golongan khunsa turut tidak dibenarkan.Khunsa ialah individu yang mempunyai dua alat kelamin,sama ada kedua-duanya berfungsi ataupun salah satu.

6.Boleh melihat

· Orang celik sahaja boleh menjadi saksi.Ciri ini penting kerana dalam majlis aqad,bakal suami dan isteri perlu menandatangani pelbagai jenis boring dan sijil perkahwinan.
· Saksi perlu memastikan individu yang menandatangani sijil tersebut adalah tertentu dan sudah dipastikan.

7.Boleh mendengar

· Celik sahaja tidak cukup.Seorang saksi itu perlu mempunyai pendengaran yang baik.
· Hal ini penting dalam menentukan kesahihan lafaz ijab dan qabul bakal suami.

8.Boleh bercakap

· Saksi juga mestilah seorang yang mampu berkata-kata.
· Mereka perlu menyebut dan memberitahu tok kadi dan memberitahu serta mengakui kesahihan lafaz ijab dan qabul bakal suami.
· Ini juga boleh memudahkan penyaksian mereka di mahkamh nanti jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

9.Kuat ingatan

· Perlu mengingati apa yang dilihat dan didengari.
· Jika sebolehnya mengelakkan daripada melantik seseorang yang muda lupa sebagai saksi.

10.Faham

· Faham disini bermaksud mengerti apa yang disebut oleh si suami.
· Jika pasangan tersebut hanya fasih dalam bahasa tamil atau bahasa cina,maka saksi yang layak dan faham serta menguasai bahasa tersebut sebaik-baiknya perlu dilantik.
· Turut termasuk disini ialah bagi dialek atau loghat sesuatu tempat.

11.Bukan yang tertentu menjadi wali

· Bagi bapa atau anak tunggal,mereka tidak boleh mewakilkan kepada orang lain untuk mengaqadnikahkan anak/adiknya.Pada masa yang sama mereka menjadi wali.

Fahmi

Monday, March 3, 2008

Lelaki dan Keluarga

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, Surah al-Furqan ayat 74:

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

Ayat di atas merupakan siri sifat mulia yang Allah SWT senaraikan di dalam surah al-Furqan sebagai sifat “Ibaad ar-Rahmaan” atau “hamba-hamba bagi Tuhan yang Pengasih”. Ia meliputi sifat-sifat mukmin secara individu, mukmin sebagai da’ie, mukmin yang mentaati Allah sesempurnanya dan mukmin yang mencegah dirinya dari sifat-sifat keji dan perlakuan jenayah yang mencela Tuhan lagi mendatangkan mudarat kepada sesama manusia.
Namun, salah satu daripada sifat keutamaan hamba-hamba Allah ini, adalah sifat dan peranannya sebagai pemimpin kepada keluarga. Bukan sahaja beliau berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, beliau juga tidak lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang kejayaan yang hakiki. Ini adalah sifat sebenar bagi orang yang berjaya, kerana mereka yang berjaya bukanlah dari golongan yang berjaya sendirian. Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersama-sama dengannya. Dan sudah tentulah orang lain yang paling utama untuk dibawa bersama ke mercu kejayaan adalah isteri dan anak-anak.
Walau bagaimana pun, doa seorang mukmin yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya ini, mestilah diteliti dengan cermat kerana terdapat banyak sentuhan halus al-Quran yang wajar dijadikan bahan penitipan tarbiah.
Mungkin bagi seorang suami dan bapa yang ‘biasa’, doanya bersahaja. Dia akan memohon kepada Allah SWT supaya menjadikan isteri dan anak-anaknya sebagai orang-orang yang bertaqwa. Mungkin beliau akan berkata “Ya Allah, jadikanlah diriku, isteri dan anak-anakku sebagai orang yang bertaqwa”.
Namun kehalusan al-Quran (Lathaa’if Qur’aaniyyah) mengolah doa seorang suami dan bapa yang bersifat dengan sifat Ibaad ar-Rahmaan dengan cara yang lebih teliti. Renungi kembali ayat al-Quran tersebut:
Serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
Doa tersebut menggunakan konsep Imam dan Makmum di dalam pengendalian peranan suami dan bapa. Ia lebih kukuh kepada mendatangkan makna seorang mukmin yang sejati kerana doa ini adalah doa yang di dalamnya ada amali. Ia bukan doa yang miskin usaha, sebaliknya doa yang disertai dengan pengorbanan, kesusahan dan ikhtiar. Mana mungkin begitu mudah kita memohon agar Allah mengurniakan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu kita berikhtiar, sebagai memenuhi Sunnatullah yang memberi kepada yang berusaha?

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
“Jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa”. Sebelum seorang mukmin memohon agar Allah menjadikan isteri dan anaknya sebagai orang yang bertaqwa, beliau memohon agar dirinya menjadi imam kepada golongan muttaqin ini. Ertinya, jika dia mahu isteri dan anaknya bertaqwa kepada Allah, maka dialah yang terlebih dahulu menjadi orang yang paling bertaqwa, sebagaimana imam yang memiliki kelebihan yang lebih daripada makmum. Maksudnya, doa ini mengajar kepada kita supaya membentuk diri agar menjadi seorang yang bertaqwa, lantas dari situlah nantinya, Allah melapangkan dada isteri dan anak-anaknya untuk menyusuri jalan Taqwa yang sama. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan hanya dengan konsep carrot and stick sebagai metodologi mudah amalan kebanyakan kita. Walk your talk, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumahtangga yang bertaqwa.

SIFAT BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP JEMAAHNYA
Di antara aspek yang boleh ditonjolkan melalui konsep Imam dan Makmum ini adalah rasa tanggungjawab yang ada pada diri seorang imam terhadap makmum yang mengikutnya. Imam mengambil 100% tanggungjawab memimpin jemaahnya agar dapat menunaikan solat dengan betul mengikut kaifiyat serta berdisiplin di dalam perlakuannya. Imam perlu membetulkan saf makmum, membaca ayat-ayat al-Quran yang mendidik jemaahnya, serta menampung kekurangan makmum di dalam pembacaan al-Fatihah dan lain-lain.
Begitulah konsep yang sama di dalam sebuah keluarga. Seorang suami dan bapa hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap segala keadaan isteri dan anaknya. Beliau mendisiplinkan mereka, manakala salah laku dan kecacatan yang ada pada isteri dan anak hendaklah dipulangkan kepada diri suami dan bapa. Renungi sejauh mana kita telah melaksanakan tugas tersebut dan apakah dosa peribadi yang telah kita lakukan sehingga kesannya tertimpa kepada isteri dan anak-anak.
Masyhur sekali kisah seorang anak yang gemar mencuri pensel kawan-kawannya di sekolah kerana ayahnya sendiri sering membawa pulang pen pejabat ke rumah untuk kegunaan peribadi. Anak berdosa, isteri ingkar, jangan segera menyalahkan mereka tetapi muhasabahlah diri kerana itu etika seorang imam terhadap makmumnya.

BERHUBUNG DAN TIDAK MUFARAQAH
Salah satu elemen yang penting di dalam pembentukan sebuah institusi imam dan makmum dan hubungan yang wujud di antara mereka.
Imam mestilah sentiasa berhubung dengan makmum. Ia berlaku melalui suara pembacaannya yang cukup jelas untuk diamati serta perbuatannya yang dapat dilihat oleh makmum untuk diikuti. Tidak mungkin dan tidak harus bagi seorang imam untuk berada di tempat yang tidak dapat diikuti oleh makmumnya. Dia harus sentiasa mengekalkan hubungannya dengan makmum. Terus berhubung, kerana melalui perhubungan itulah peranan imam terlaksana.
Hal ini mengingatkan kita kepada suatu sajak di dalam buku Chicken Soup for the Teenage Soul on Love & Friendship (Chicken Soup for the Teenage Soul) oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Kimberly Kirberger
“If I had My Child to Raise Over Again”By Diane Lemons(From Chicken Soup for the Soul)
If I had my child to raise all over again :I’d build self-esteem first, and the house later.I’d finger-paint more, and point the finger less.I would do less correcting and more connecting.I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.I’d take more hikes and fly more kites.I’d stop playing serious and seriously play.I would run through more fields & gaze at more stars.
Ayat “I would do less correcting and more connecting” mestilah direnungi secara serius oleh setiap bapa dan suami. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada correcting terhadap kesalahan isterinya sedangkan hak isteri untuk ‘dihubungi’ oleh suaminya tidak dipenuhi. Kita bersama tetapi terpisah, kita dekat tetapi jauh, kita sebumbung tetapi seorang di suatu lembah manakala seorang lagi di lembah yang lain. Sukar sekali di dalam masyarakat Melayu kita yang less expressive untuk membuka hati dan mulutnya, membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan ‘dihubungi’. Budaya ‘man-to-man’, ‘heart-to-heart’ dan lain-lain bentuk komunikasi amat asing dari masyarakat kita kerana kita cenderung memendam, berdendam dan akhirnya amuk dan binasa.
Lebih parah adalah sikap bapa yang tidak berhubung dengan anak-anak. Kita mengambil falsafah burung membesarkan anak-anak kita yang manusia. Kita bina sarang di dahan yang tinggi untuk keselamatan, kita keluar awal pagi untuk mencari rezeki dan kemudian pulang ke rumah dengan rezeki untuk disuap ke mulut anak-anak yang menjerit-menjerit seperti anak burung itu tadi.
Namun, perlulah diinsafi bahawa anak-anak kita menjerit bukan semata-mata kerana perut yang lapar dan fizikal yang berhajat, namun jiwa mereka turut kelaparan. Mereka mahu ‘dihubungi’. Mereka mahu didengari, mereka mahu rasa ‘dekat’ dengan bapa mereka. Lihat sahaja perilaku Rasulullah SAW yang membelai rambut anak cucunya, mencium mereka, berhenti berceramah untuk memeluk Hasan serta Husain, sujud lama kerana membiarkan Husain yang sedang menunggang Baginda dan pelbagai contoh Baginda membina body contact.
Daripada Anas RA, Rasulullah SAW juga diberitakan memberi salam kepada kanak-kanak. Baginda juga tidak meminggirkan kanak-kanak dari gurau senda dan perbualan seharian Baginda SAW.
Dari Sahl bin Saad as-Saa’idi RA, bahawa Rasulullah SAW pernah suatu ketika dihindangkan dengan minuman. Di kanan Baginda terdapat seorang kanak-kanak, manakala di sebelah kiri adalah orang-orang dewasa. Selepas meminum sebahagian minuman tersebut, Baginda SAW bertanya kepada budak itu: “adakah kamu izinkan aku memberikan air ini kepada mereka (orang-orang dewasa)?” Lalu budak itu menjawab: Tidak, demi Allah aku tidak akan lepaskan bahagianku darimu kepada sesiapa pun!

MEMBETUL DAN DIBETULKAN
Isteri dan anak adalah amanah yang mesti dipelihara dengan baik. Kesilapan dan kekurangan mereka hendaklah dipantau. Hubungan yang kukuh di antara imam dan makmum, membolehkan proses membetulkan itu dilakukan dengan baik oleh imam. Begitulah perihalnya dengan bapa atau suami dengan isteri dan anaknya. Mulakan kewajipan membetul itu dengan membina hubungan terlebih dahulu. Sebagaimana jemaah menolak untuk dipimpin oleh imam yang dibenci, begitu jugalah isteri dan anak akan menolak nasihat dari seorang lelaki ‘asing’ bernama suami dan ayah.
Namun, di dalam melaksanakan kewajipan itu, imam juga bersedia untuk dibetulkan. Jika sedang menjalankan tugasnya sebagai imam di dalam solat, ada kesilapan yang berlaku, makmum berhak bahkan dituntut untuk membetulkan imam.
Demikianlah keadaan bagi sebuah rumahtangga yang bertaqwa. Seorang suami atau ayah yang sedang melaksanakan tugasnya sebagai imam, pasti sesekali akan melakukan kesilapan yang lazimnya berpunca dari alpa dan leka. Maka isteri dan anak-anak hendaklah mengambil peranan membetulkan kesilapan itu dengan cara-cara yang sopan dan mulia. Dalam masa yang sama, ketua keluarga tersebut hendaklah pula berlapang dada menerima teguran kerana matlamat dan tujuan rumahtangga itu adalah keredhaan Allah. Fokus rumah tangga itu adalah menyempurnakan apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Ketika sedang menuju Allah, kita bahu membahu menyusuri jalan yang panjang itu.

TIDAK MELEBIHI HAD LAJU
Seorang imam yang bertimbang rasa akan sentiasa peka dengan keupayaan dan keadaan makmumnya. Makmum yang tua akan dirai dengan tidak terlalu memanjangkan bacaan. Makmum yang muda terhibur dengan bacaan yang jelas lagi bertenaga. Janganlah pula imam itu terlalu laju sehingga membiarkan jemaahnya tunggang langgang. Atau seronok sendiri sehingga makmumnya tercicir.
Begitulah keadaannya ketika sebuah rumah tangga yang dipimpin oleh seorang hamba kepada Tuhan yang Pengasih. Ketika dia dalam perjalanan menuju Allah, janganlah sekali-kali isteri dan anak-anak itu ditinggalkan.
Andaiannya, selepas kita berhenti rehat semasa di lebuhraya, lantas tiba-tiba menyedari yang anak kita tertinggal di kawasan rehat, 40km di belakang, bayangkan perasaan kita semasa itu. Bayangkan betapa cemasnya kita mencari u-turn atau simpang untuk berpatah balik menyelamatkan anak yang sudah tentu sedang menangis teresak-esak di celah kekecohan orang ramai.
Namun, apakah perasaan kita sama semasa kita meninggalkan anak dan isteri di dalam perjalanan kita menuju Allah. Kita sibuk dengan kerja-kerja kebajikan serta pertempuran mencari rezeki menampung kehidupan, tidakkah ramai di kalangan kita yang membiarkan anak kita keciciran dan sedar-sedar kita sudah tiada u-turn untuk kembali menyelamatkannya.
Janganlah terlalu deras menurut desakan keperluan hidup sehingga kita tercicirkan isteri dan anak yang kebingungan itu. Jangan sekali-kali…

ERTI DOA YANG SEBENAR
Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
Sesungguhnya doa ini amat besar maknanya. Ketika menadah tangan memohon hidayah dari Allah, mohonlah dengan sedar supaya Allah menjadikan kita terlebih dahulu sebagai insan paling bertaqwa, kerana yang paling bertaqwa itulah sahaja yang layak menjadi imam bagi makmum yang bertaqwa.
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu. Di atasnya ada malaikat yang amat keras dan mengerikan. Mereka tidak sekali-kali membantah apa sahaja yang Allah perintahkan, bahkan mereka terus melaksanakan apa yang diperintah (oleh Allah)” [At-Tahrim 66 : 6]

PREPARED BY : SITI FARAH LOKMAN
AL-8.3

Sunday, March 2, 2008

syarat-syarat wali

WALI PERNIKAHAN.

MOHD ZOL HELMI BIN MD ZUKI

891127-06-5947

KOLEJ MARA SEREMBAN

AL8.3

Antara rukun pernikahan termasuklah wali. Secara umumnya wali bolehlah dibahagikan kepada 2 iaitu wali mujbir dan juga wali bukan mujbir. Apakah yang dimaksudkan dengan wali mujbir? Wali mujbir ialah wali yang boleh mengahwinkan seseorang perempuan itu tanpa meminta keiizinan ataupun persetujuan perempuan tersebut. Wali mujbir ialah bapa ataupun datuk kepada wanita tersebut. Wali bukan mujbir pula ialah selain bapa dan datuk kepada wanita tersebut. Ini termasuklah saudara kandung lelaki dan juga wali hakim.

Pada bab ini, kita akan melihat dengan terperinci syarat-syarat yang mesti dipenuhi ataupun dimiliki oleh seseorang itu yang melayakkan dia menjadi wali pernikahan.

1.Beragama Islam

Bagi melayakkan seseorang itu menjadi wali, maka diwajibkan bagi wali tersebut beragama Islam. Orang-orang kafir tidak sah menjadi wali perempuan Islam yang ingin berkahwin. Ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ yang bermaksud

“wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani sebaai pemimpin(wali) kamu, sebahagian mereka menjadi permimpin sebahaian yang lain”

Ayat ini secara terang menunjukkan larangan Allah bagi kaum mulimin agar tidak melantik permimpin ataupun wali dari kalangan kaum yahudi mahupun kaum nasrani. Hal ini sedemikian kerana kaum Yahudi dan Nasrani terkenal dengan tipu helah mereka. Memandangkan wali ini merupakan orang penting yang menentukan sah atau tidak sesebuah perkahwinan itu, maka diwajibkan wali tersebut beragama Islam agar tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan.

2. Sempurna akal

Maka adalah tidak sah sesebuah pernikahan tersebut jika berwalikan orang yang tidak sempurna akalnya. Orang yang gila tidak boleh menjadi wali. Hal ini sedemikian kerana mereka tidak mengetahui tentang apa yang mereka bicarakan ataupun mereka tidak dapat memahami tentang apa yang sedang berlaku.

3. Cukup umur (baligh)

Kanak-kanak yan tidak cukup umur adalah tidak sah menjadi wali sesebuah pernikahan. Sudah menjadi fitrah kanak-kanak yang mana sifatnya adalah suka bermain-main. Memandangkan wali perlulah seorang yang penting yang menentukan sah atau tidak sesebuah perkahwinan tersebut maka adalah perlu wali itu dilantik dari kalangan mereka yang telah cukup umur dan dapat memahami proses pernikahan tersebut.

4. Merdeka

Bagi melayakkan seseorang itu untuk menjadi wali, antara syaratnya termasuklah seseorang itu hendaklah seorang yang merdeka. Hamba sahaya tidak boleh menjadi wali pernikahan. Jika seorang hamba itu ingin mewalikan anaknya yang juga hamba sahaya,maka perkahwinan anaknya itu menjadi tidak sah. Perkahwinan itu hanya menjadi sah sekiranya anak kepada hamba tersebut berkahwin berwalikan tuannya.

Tetapi sekiranya anak hamba tersebut bukan hamba sahaya seperti mana bapanya, maka dia perlulah berkahwin dengan berwalikan wali hakim. Sesungguhnya hamba itu merupakan hak milik kepada tuannya.

5. Lelaki

Seterusnya, bagi melayakkan seseorang itu menjadi wali, maka hendaklah dia seorang lelaki. Perempuan tidak boleh boleh menjadi wali. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

“Bainda Rasululah SAW bersabda; tidak boleh perempuan menjadi wali bagi perempuan dan begitu juga perempuan tidak boleh mengahwini dirinya sendiri”

Selain hadith ini yang mengatakan bahawa perempuan tidak boleh menjadi wali, Allah SWT jua telah berfirman dalam surah an-Nisa’ yan bermaksud:

“ Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian mereka yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan mereka (wanita) dari sebagian harta benda mereka”

Kedua-dua hadith dan firman Allah ini menunjukkan bahawa kaum lelaki sahaja yang dibenarkan untuk mewalikan sesebuah penikahan.

6. Bersifat adil

Oran yang fasik tidak sah menjadi wali. Tidak sah nikah dengan wali fasik selain dari pemerintah. Orang yang fasik ialahorang yang berterusan melakukan dosa besar. Orang seperti ini tidak boleh dan tidak sah menjadi wali. Ini berdasarkan hadith Rasululah SAW:

“ tidak sah nikah kecuali dengan wali murshid”

Imam as-Syafii’ berkata bahawa yang dikehendki dengan murshid itu ialah adil. Wali perlulah adil bagi menjaga kehormatan dan juga kesucian perkahwinan itu.

7. Bukan dalam ihram haji atau umrah

Orang yang sedang berada dalam ihram sama ada ihram haji atau ihram umrah tidak boleh berkahwin mahupun mengahwinkan. Ini adalah berdasarkan kepada hadith Nabi Muhmmad SAW yang bermaksud:

“orang-orang yang sedang megerjakan ihram tidak boleh berkahwin dan juga tidak boleh dikahwinkan”

Secara langsung Rasulullah telah memberi kita panduan bahawa orang yang sedang dalam ihram tidak sah berkahwin mahupun mengahwinkan. Salah satu perkara yang dilarang semasa dalam ihram adalah berkahwin atau mengahwinkan, jadi jelas menunjukkan bahawa orang yang sedang dalam ihram adalah tidak dibenarkan menjadi wali pernikahan.

8. Tidak cacat akal atau fikiran

Orang yang cacat akal dan fikiran disebabkan oleh terlampau tua dan lain-lain tidak sah menjadi wali. Ini kerana orang yang tidak sempurna akalnya tidak manpu untuk memahami secara sepenuhnya perkara yang berlaku.

Orang yang terlampau tua dan mengalami masalah ingatan (nyannyuk) juga tidak dibenarkan menjadi wali kerana mereka akan cenderung untuk lupa bahawa dia telahpun mengahwinkan seorang wanita. Bagi mengelakkan masalah pada masa hadapan hendaklah mereka yang sempurna akalnya dipilh menjadi wali

9. Bukan mahjur alaih( orang yang ditahan dari menguruskan hartanya)

Bagi melayakkan seseorang itu menjadi wali, maka hendaklah dia bukan dari golongan yang ditegah menguruskan hartanya disebabkan oleh kebodohannya ataupun juga sikapnya yang boros.

Demikian sudah syarat-syarat ynag membolehkan seseorang itu menjadi wali. Diharapkan kita semua dapat mendapat sedikit maklumat dan juga pengetahuan, InsyaAllah.

Tanggungjawab Suami Isteri

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Rumahtangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumahtangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumahtangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelumbutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah swt.pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardhu ain). Firman Allah swt bermaksud:
“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksa neraka.”
Setelah kita mengetahui sifat-sifat seorang suami,perlu juga diketahui tugas dan tanggungjawabnya iaitu:

1. Menjadi pemimpin keluarga

2. Mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardhu ain(wajib) iaitu tauhid, feqah dan tasauf.
Ilmu tauhid: Diajarkan supaya beriktiqad ahli Sunnah Wal Jamaah. Mengajar sifat-sifat yang wajib, mustahil,harus bagi Allah dan Rasulullah saw. Rukun Iman, Islam dan lain-lainnya.
Ilmu feqah: Mengajarkan mereka supaya ibadah yang tunaikan itu menepati syariat Islam, seperti soal-soal kerukunan dalam sembahyang dan puasa. Mengenai perkara yang halal, haram, harus, makruh dan sunat.
Menerangkan kepada isteri mengenai haid, nifas dan wiladah malah perkara-perkara yang berkaitan dengannya serta hukum hakam menyucikan najis (mughallazah,mukhaffafah dan mutawassitah).
Contoh bagi mandi hadas besar (haid kering): Apabila darah haid itu kering menjelang waktu maghrib,hendaklah ia segera mengangkat hadas besar dan menggantikan dua waktu sembahyang fardhu yang tertinggal iaitu zuhur dan asar. Jika suci pada waktuIsyak maka hendaklah diqadhakan sembahyang asar dan maghrib. Begitulah seterusnya jika di waktu yang lain.
Ilmu Tasauf: Mendidik ahli keluarga supaya sentiasa berakhlak dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dari dirosakkan oleh riak, sombong, bangga dan menunjuk-nunjuk serta mengadu domba. Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Tidak mendapati akan Allah oleh seorang dengan dosa yang terlebih besar daripada dosa yang jahil akan segala isi rumahnya.”
Ini bermakna suami yang tidak mengajar isteri-isterinya mengenai perkara-perkara yang fardhu ain dan membiarkan mereka di dalam kejahilan.

3. Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari sumber dan usaha yang halal. Ingatlah para suami,kewajipan kita terhadap mereka ialah melayani dengan baik dalam hal di atas. Sabda Rasulullah sawbermaksud:
“Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makanan kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak bolehmeninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isterinya membangkang).”
Berkata setengah ulama:
“Sesungguhnya sekali membeli pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka maka suami akan mendapat pahala selama 70tahun.”

4. Tidak menzalimi anak isteri iaitu dengan:
i. memberi didikan agama secukupnya.
ii.memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
iii.menegur, menasihati dan menunjuk ajar jika mereka melakukan maksiat dan kesalahan.

5. Hendaklah memberi nasihat jika isteri gemar mengumpat, berleter serta melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah agama. Selalulah ceritakan gambaran-gambaran wanita yang diseksa di atasperbuatan yang sedemikian.
Kaum wanita tidak digalakkan menziarahi ke rumah orang lain. Ini bukanlah bererti tidak boleh berziarah langsung. berziarah itu boleh tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Sedangkan lidah tergigit, inikan pula kita manusia biasa. Tambahan pula bila sudah hidup bersuami isteri.kena sabar dengan kerenah suami, kerenah isteri dan anak-anak.
Di antara perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan berkahwin apabila suami tidak memberikan nafkah yang halal kepada ahli keluarganya. memandang ringan akan hak-hak keahlian mereka apatah lagi jika membiarkan mereka susah dan menderita. Rasulullah saw telahmengingatkan dengan sabda yang bermaksud:
“Memadailah seorang itu derhaka dan dosa bahawa menghilangkan ia akan hak orang yang wajib dinafkahinya.”
Dosa yang paling berat sekali apabila suami tidak menunaikan mas kahwin kepada isterinya sepertimana yang dijanjikan. hal ini telah diperjelaskan oleh baginda dengan maksudnya:
“Siapa sahaja seorang lelaki yang mengahwini perempuan dengan mas kahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya ia tidak berniat untuk memberikan hak kepada perempuan tersebut (mas kahwin) kepadanya. maka ia meninggal dunia sedang ia belum memberi hak perempuantadi kepadanya maka ia akan menjumpai Allah di hari kiamat nanti dalam keadaan berzina.”
Berkata pula Imam Ghazali: Kebinasaan berkahwin ini umumnya tiada sejahtera daripadanya melainkan orang yang alim akan ilmunya yang dapat memberi manfaat di hari akhirat. Mempunyai akal yang sempurna dan baikakhlaknya malah mengetahui dengan mata hatinya akan adat dan sikap seorang wanita itu. Sabar ia di atas segala kejahatan lidah isterinya dan tidak mengikut segala kehendak hawa nafsunya melainkan bermuafakatdengan perkara yang bertepatan dengan syariat.
Sikap kita di alam bujang dan alam rumahtangga akan jauh bezanya baik yang lelaki mahupun perempuan. Apa yang lebih membimbangkan bila seorang lelaki itu telah memasuki gerbang rumahtangga di mana sikapnya di zaman bujang yang terkenal dengan kuat bersembahyang sunat,puasa sunat, bezikir dan bersedekah telah berubah.Berubah menjadi seorang yang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri. Bekerja keras untuk mengumpul harta dan kemewahan semata-mata untukkeluarga. lebih buruk lagi bila sifatnya yang pemurah tiba-tiba menjadi kedekut dan sombong dengan harta yang ada.
Inilah masalah yang perlu diambil perhatian.Bukan sahaja kepada golongan suami, isteri sendiri mestilah memainkan peranan membantu suami dalam mengatasi masalah tersebut. Bukannya mengungkit,menghasut dan memaksa suami melakukan itu ini yang diluar batas kemampuannya. Mencari rezeki untuk memudahkan keluarga memanglah digalakkan tetapi biarlah kena pada tempat, masa dan keadaannya,janganlah pula sampai tertinggal ibadah yang wajib!Sebab, telah berkata Abi Sulaiman Ad Darani r.t:
Barang yang membimbangkan akan dikau daripada mengingati Allah swt iaitu daripada ahlinya dan hartanya dan anaknya maka iaitu celaka atasmu.

Kesimpulan, bersikap sederhanalah dalam mengatur dan menyelenggarakan sebuah rumahtangga. Sentiasalah mengadakan perbincangan dengan isteri (tambahan kalau yang beristeri lebih dari satu) terutama dalammujahadah mengikis nafsu mazmumah yang masih lagi berkarat di hati-hati kita. Seorang suami mestilah bersikap tegas di atas sikap anak isteri bila mengerjakan perkara mungkar yang berlawanan dengan syariat samada yang haram, makruh, harus ataupun perangai yang kurang beradab. Dayuslah seorang suami jika dia sama-sama menjadi tukang sokong sekaligus bersubahat dengan keluarganya. Allah sentiasa mengingatkan hamba-hambanya supaya bertolong-tolong dalam perkara yang mendatangkan kebajikan bukan sebaliknya kerana ianya mendatang dosa dan seteru.
Akhir kata, Allah telah mengingatkan para suami dengan firman yang bermaksud:
“Dan ketahuilah harta dan anakmu itu adalah fitnah.”
Maka marilah kita jagai mereka agar selamat dari bala bencana dunia akhirat. Itulah keistemewaan suami, kelebihan satu darjat kaum lelaki itu dari wanita ialah darjat suami yang bertanggungjawabdan berkewajipan dalam mengeluarkan belanja.


TANGGUNGJAWAB ISTERI

TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut
keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
"Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis."
(Imam al-Ghazzali)


Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
"O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words. "
(Imam al-Ghazzali)

PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

TANGGUNGJAWAB SUAMI DALAM NAFKAH HARTA
Isteri merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas suami untuk memeliharanya. Lazim kejadiannya memang berasal dari kejadian yang lemah atas sifat perempuannya maka sudah semestinyalah suami menjaga isterinya dengan sebaik-baik jagaan. Seorang suami mestilah tahu hak-hak yang dimiliki oleh seorang isteri dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah saw:
“Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu).Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah.”
“………dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu(suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha bijiksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yang bertanggungjawab.”
“Lelaki (Para suami) adalah pelindung dan pembela atas perempuan (isteri) berdasarkan apa-apa yang telah dilebihkan Allah bagi yang satu daripada yang lain.Dan berdasarkan apa-apa yang mereka nafkahkan denganharta mereka.”
Pemberian nafkah adalah wajib semenjak mula berlakunya akad nikah, meskipun isterinya itu seorang yang kaya raya. hak isteri itu tidak berubah dan kewajipan itu tetap ke atas suami.
Takrif nafkah, ia adalah suatu bahagian daripada hartanya yang dibelenjakan kepada orang-orang yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Manakala yang dikatakan harta itu pula mestilah dari sumber yanghalal, ia bukan hak anak yatim atau bukan hak orang lain yang disimpan kepada kita serta ia bukan dari usaha curi, rasuah, riba dan sebagainya.
Jadi, harta yang dijadikan nafkah untuk perbelanjaan isteri-isteri dan anak-anak, ia mestilah harta yang diperolehi dari jalan yang halal. Harta yang haram, ia tidak boleh dijadikan nafkah. Sabda Rasululla saw
“Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram,nerakalah yang senang kepadanya kelak.”
Adapun nafkah, ia terbahagi kepada 3 bahagian atau nafkah kepada 3 bahagian. Iaitu yang pertama ialah kepada isteri, yang kedua kepada anak dan yang ketiga kepada usul.
Nafkah kepada isteri, mestilah isteriyang sah atau isteri dalam ‘Iddah raj’i atau ‘Iddah yang boleh dirujuk kembali, ertinya ialah ‘Iddah dari talak satu atau dari talak dua. Tetapi ‘Iddah talak tiga tidak berhak diberi nafkah kerana ia adalah talak yang tidak boleh dirujuk kembali.
Nafkah yang diberi kepada anak, mestilah bagi anak yang sah. Anak yang di luar nikah atau anak zina,tidak wajib diberi nafkah. Takrif wajib nafkah kepada anak juga ialah anak yang bukan akil baligh. Tetapibagi anak yang sudah akil baligh, tidak wajib lagi bagi ayah untuk memberi nafkah kecuali anak itu tidak boleh mencari nafkahnya sendiri. Katalah seorang anak itu akil baligh ketika umurnya 15 tahun sedangkan masa itu dia masih belajar di sekolah. Ertinya, anak itu belum berupaya lagi mencari rezeki. Makna, ayahnya wajib memberi nafkah kepada anaknya.
Nafkah usul, ialah nafkah keturunan. Umpamanya, anak memberi nafkah kepada ayahnya. Syaratnya mestilah ibu bapa itu tadi adalah terlalu susah hingga tidak mampu menyara hidupnya. Seorang ayah yang sudah tidak mampu mencari nafkahnya sendiri, adalah berkewajipan bagianak-anaknya memberi ibu bapa nafkah. Ertinya, seorang anak yang memberi belanja hidup kepada orang tuanya,bukan dibuat suka-suka hati. Ia adalah satu tangggungjawab yang wajib.
Seorang suami perlulah mengetahui syarat-syarat yang wajib dan berhak diberi nafkah kepada isteri, bukan ikut bagi sesuka hati sahaja;
Syarat pertama ialah isteri yang taat kepada suami. Taat dalam ertikatamenyerah diri bulat-bulat kepada suami samada jiwa raganya, tenaga dan akal fikirannya. Begitu juga,menyerah diri kepada suami bererti menyerah zahir dan batinnya pada suami. Isteri yang demikian saja yangwajib diberi nafkah. Isteri yang tidak taat 100% kepada suami atau sentiasa berbalah dengan suami,tidak wajib diberi nafkah.
Syarat yang kedua ialah isteri yang tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Seorang isteri itu memang dilarang oleh syariat, keluar rumah tanpa izin dari suami. Namun itu pun, hari ini begitu ramai sekali para isteri yang tidak sedar perintah ini. Mereka bebas keluar rumah sesuaka hati padahal yang dia lakukan itu adalah satu dosa. Cuma para isteri hari ini merasakan apa yang dia lakukan itu tidak apa-apa.Malah, ada setengahnya sampai berani membentak suami,kalau dia ditanya tentang pemergiannya itu.
Isteri yang keluar tanpa keizinan suami, bererti dia tidak taat dan melanggar syariat. Ketaatan pada suami bererti taat di dalam agama. Apa saja yang dilarang dan diharamkan oleh Allah dan Rasul dalam rumahtangga dan di dalam perhubungan suami isteri, isteri hendaklah taat.
Gugur nafkah bagi isteri-isteri yang tidak taat. Cuma gugur nafkah seorang isteri yang tidak taat itu,sabitnya adalah dengan syarat-syarat yang tertentu. Ertinya, ada beberapa syarat yang mensabitkan gugurnya nafkah isteri apabila dia berlaku tidak taat.
Suami-suami yang wajib memberi nafkah kepada isteri terdiri dari tiga golongan.
Pertama, suami yang kaya, kedua ialah suami yang pertengahan dan yang ketiga ialah suami yang miskin atau papa. Ketiga-tiga golongan ini ada peringkat nafkah masing-masing terhadap isteri. Seorang suami yang kaya lain ukuran nafkahnya dan suami yang sederhana kekayaannya, lain ukuran nafkahnya, seorang suami yang miskin papa, lain pula ukuran nafkahnya.
Kewajipan nafkah bagi suami yang kaya menurut yang diterangkan dalam pengertian syariat ialah, memiliki harta yang boleh dibelanjakan sehingga umur yang ghalib atau lazimnya dia boleh hidup dan kalausekiranya dia mati, masih ada baki harta itu. Itulah yang dikatakan kaya.
Umur yang ghalib seorang itu boleh hidup, ia adalah ukuran biasa yang umum berlaku dikalangan satu-satu masyarakat itu. Biasanya bagi orang-orang melayu,disekitar 55 membawa kepada 65 tahun. Itulah sekitarumur yang ghalib seseorang itu boleh hidup. Walau bagaimanapun, itu adalah ukuran mengikut akal kita.Tetapi di sisi syariat, tidak ada siapa yang boleh mengetahui kecuali Allah swt.
Bagi orang kaya, ada kaedah-kaedah nafkah yang mesti diberikannya kepada isterinya. Pertamanya, suami mesti menyediakan sebuah rumah untuk anak isterinya, sama seperti rumahnya semasa dia berada bersama ibu bapanya dahulu. Ertinya, nafkah orang kaya terhadap isterinyaadalah berat. kalau suami tidak menyediakannya,belumlah selesai tanggungjawab nafkahnya terhadap isterinya.
Kemudian, makan dan minum yang mesti disediakan untuk isterinya pula, mestilah jenis makan dan minum yang pernah dia terima semasa dia hidup bersama dengan ibu bapanya dahulu. Katalah semasa dia hidup bersama ibudan bapanya dahulu, dia makan nasi yang berasnya bernilai beras terbaik. Maka, suami mestilah menyediakan makan untuk isterinya dengan beras yang terbaik juga. Begitu juga dengan lauk pauknya yang mana kalau sekiranya semasa berada bersama ayah dan ibunya dahulu dia makan lauk yang baik-baik, maka suami mestilah memberi isterinya lauk pauk yang baik-baik juga, seperti daging, ayam dan sebagainya.
Seterusnya dalam lain-lain peralatan rumah serta dapur, semuanya mesti disediakan mengikut keadaan yang baik-baik seperti dapur gas, alat-alat perabut dan lain-lainnya, mesti juga dari barang yang baik-baik.
Sekiranya, dahulunya dia biasa dibantu oleh orang-orang gaji, maka hendaklah suami mengadakan orang gaji untuk isterinya. Dan begitulah seterusnya dalam hal-hal yang lain di dalam rumahtangga suami itu, setiap apa yang pernah ada padanya dahulu,mestilah disediakan untuk isterinya.
Tentulah berat tanggungjawab bagi seorang suami yang kaya apabila diukur dan ditinjau di sudut fekah.Apabila kita tinjau di sudut tasauf iaitu di sudut hendak mendapatkan kewarakan dalam beramal ibadah, perkara-perkara yang demikian bergantung kepada keredhaan isteri. Seandainya isteri redha, tidak mahu segala kesenangan dan kenikmatan duania kerana takut akan hisabnya terlalu berat di akhirat nanti, isteri boleh menolak semua itu dan memilih kehidupan zuhud. Tetapi harus pula seorang suami itu ingat, suami tidak boleh memaksa isterinya zuhud. Tanggungjawabnya ialah untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian untuk isterinya. Ini adalah tuntutan wajib ke atasnya.
Daripada pengertian tentang memberi nafkah kepada isteri bagi suami-suami yang termasuk dalam golongan kaya, dapatlah dijadikan ukuran tentang bagaimana pula tanggungjawab suami-suami yang termasuk dalam golongan pertengahan dan golongan miskin. perlulah diingat bahawa dalam persoalan memberi nafkah kepada isteri ini, Rasulullah saw pernah bersabda:
“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan,sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan telah dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan diwajibkan atas kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.”
Kemudian Allah swt juga ada berfirman yang maksudnya:
“Hak (nafkah) isteri yang dapat diterimanya dari suaminya seimbang dengan kewajipan terhadap suaminya itu dengan baik.”
Dan di dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang maksudnya:
“Tempatkanlah mereka (para isteri) dimana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.”
Daripada pertanyaan-pertanyaan di atas jelaslah kepada kita ukuran pemberian nafkah bagi seorang suami itu terhadap isterinya. kalau suami-suami yang termasuk dalam katagori yang kaya tadi, telah digariskan kaedah-kaedah nafkah yang wajib diberikannya kepadaisterinya, maka bagi suami-suami yang pertengahan dan miskin, bolehlah kita gariskan tentang banyak mana nafkah yang wajib suami berikan kepada isterinya.Iaitu berdasarkan daripada hadis Rasulullah saw dan dari pertanyaan Allah di atas, suami-suami wajib memberi nafkah kepada isteri-isterinya mengikut kemampuannya serta menurut keadaan dan tempat.
Begitulah tuntutan nafkah zahir kepada para isteri yang wajib bagi suami-suami melaksanakannya.Seandainya para isteri bagi suami yang miskin atau pertengahan kaya meminta lebih dari yang mampudisediakan oleh suami, sabda Nabi saw.:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.”
Menganai nafkah dua orang suami isteri yang sama-sama bekerja samada sama-sama menjadi guru, sama-sama bekerja di pejabat atau sama-sama menoreh getah dan sebagainya. Sebenarnya persoalan ini adalah amat berat kerana ia melibatkan harta pusaka yang tidak dapat ditentukan siapa punyanya. Seandainya, dalam soal kedua-dua mencari nafkah ini ditakdirkan suami meninggal atau ditakdirkan isteri meninggal, bagaimana pula kedudukan harta yang ditinggalkan.
Dalam hal ini, jika meninggallah salah seorang di antara keduanya, harta yang tinggal tidak boleh dipusakakan kerana harta yang tinggal itu tidak tentu siapa yang punya. Harta itu sudah bercampur adukantara nafkah isteri dengan nafkah suami. Syariat hanya menganggap hasil pencarian suami sahaja yang dijadikan harta pusaka untuk anak isteri tetapi isteri tidak boleh mencari nafkah untuk menjadikannya harta.Setiap wanita hanya boleh memiliki harta melalui peninggalan ayah ibu atau pun adik beradik atau pengninggalan suami.
Sekiranya seorang itu bekarja serta berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga, satu pejanjian antara isteri dan suami mesti ada untuk mengikrarkan harta sama sepencaria itu. Di antaraikrar-ikrar yang boleh dibuat ialah seperti misalnya,suami mengatakan kepada isteri bahawa seluruh harta yang mereka cari bersama itu adalah hak suami,walaupun bahagian isteri yang mencari ada di dalamnya. Tetapi suami boleh mengikrarkan semuanya harta dia. Sekiranya suami meninggal, seluruh yang ada pada harta itu, adalah menjadi harta pusaka yang boleh dibahagi-bahagiakan. Begitu juga, suami boleh mengikrarkan kepada isteri tentang harta yang sama-sama dicari itu dengan mengatakan bahawa semuanya adalah hak isterinya. Sekiranya suami meninggal,seluruh harta yang tinggal itu adalah hak isterinya.
Boleh juga, di antara suami isteri yang sama-sama mencari nafkah mengasingkan harta masing-masing.Misalnya, kalau isteri membeli pinggan mangkuk hasil pencariannya, isteri boleh menyatakan kepada suaminya bahawa pinggan mangkuk itu adalah hartanya. Dalam soal ini mesti ada perjanjian bertulis, kerana ia tidak akan menjadi perbalahan apabila meninggal salah seorang antara kedua nanti. Dan yang selebih baiknyaialah dengan memanggil ahli-ahli keluarga waris untuk menjadi saksi. Ini adalah amat mustahak sekali kerana ia melibatkan soal paraid atau pembahagian harta.
Soal suami isteri yang sama-sama bekerja mencari nafkah sudah menjadi perkara biasa hari ini. Kalau sama-sama tidak jelas tentang harta danfaraidharta,takut-takut nanti seluruh isi keluarga memakan hartayang haram. Sedangkan isteri yang pergi bekerja itu pun, isteri mesti hati-hati sungguh kerana takut-takut isteri membawa balik harta yang haram. Hal ini mudah sangat berlaku. Andainya isteri pergi bekerja
itutanpa lafaz izin dari suami atau tidak menutup aurat,bermakna isteri keluar rumah secara haram. Jadi, suami kenalah melafaskan izin setiap hari kepada isteri serta mensyaratkan kepada isteri setiap kali pergibekerja dengan menutup aurat. kemudian harta yang jadi sama-sama sepencarian itu pula hendaklah dinyatakan,apakah boleh ia dimakan bersama. Kalau tidak,takut-takut nanti suami memakan harta haram.

SUAMI YANG LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB
Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka).Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar. Allah swt. terlah berfirman yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala……”
Allah swt menyuruh kita memelihara diri kita mentaat segala peraturan Allah yang telah diperintahkan samada perintah-perintah yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah, sunat-sunat Muakad dan Khair Muakad. Inilah bentuk-bentuk perintah Allah yang mesti kita taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan dengan ikhlas dan jujur dengan niat semata-mata kerana Allah dan bukan lain dari Allah.
Maksud ‘Peliharalah diri kamu’ itu bukan sahaja sekadar mentaati segala perintah Allah tetapi juga adalah menjauhi segala larangan Allah kepada diri kita seperti dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan juga larangan yang mendatangkan makruh. Contoh-contah dosa besar seperti berzina, minum arak, makan riba, mencuri dan lain-lain. Manakala dosa-dosa kecil seperti melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah atau bergaul lelaki perempuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya. Dalam perkara makruh juga perlulah dielakkan kalau kita hendak memelihara diri daripada seksa api neraka.
Allah swt. maksudkan ‘Ahli keluarga kamu’ itu ialah,isteri-isteri kita, anak-anak, orang-orang gaji dan sesiapa saja yang di dalam jagaan kita. Tanggungjawab kita kepada ahli keluarga ialah menjaga, mendidik,mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah tanggungjawab pada diri kita sendiri. perlulah disuruh anak isteri melakukan perkara-perkara yang berbentuk fardhu ain,fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain.Wajib pula menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina, mencuri, dedah aurat, mengumpat, hasad dengki, takbur, riak dan lain-lain lagi.
Jelaslah di sini bahawa peringatan Allah dalam memelihara diri lita bukanlah terhad kepada diri kita sahaja, ia adalah meliputi seluruh keluarga kita serta mereka-mereka yang berada di dalam jagaan dan keluarga kita. Kalau kita tidak memimpin dan mendidik ahli keluarga kita, kita masih lagi belum terlepas dari seksaan api neraka. Kerana Allah telah perintahkan,“peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu.”
Sesungguhnya seorang hamba Allah itu diperhatikan dihadapan mizan atau neraca atau timbangan di hari kiamat nanti sedangkan bagi seseorang itu mempunyai amalan yang banyak seperti gunung besarnya. Tetapi setelah ditanya tentang bagaimana ia mengendalikan ahli keluarganya dan bagaimana ia mengusahakan harta yang didapati iaitu dari mana ia mendapatnya dan ke mana ia belanjakan. Setelah ditanya semunya sehingga habis semua amalannya yang banyak itu dan yang tinggal hanyalah dosa-dosanya sahaja.
Daripada hadis Rasulullah saw yang menunjukkan bagaimana amalan seseorang itu walau sebesar manapun akan hapus disebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya dan semua mereka yang berada di dalam jagaannya, maka berkatalah malaikat,bahawa inilah orangnya yang telah menghapuskan semua amalan kebajikan oleh ahli-ahlinya dan anak-anaknya semasa di dalam dunia.
Adalah diriwayatkan oleh setengah-setengah ulama bahawa sesungguhnya pertama-tama yang bergantung kepada seseorang lelaki itu ialah isteri dan anak-anaknya. Maka, memberhentikan akan dia itu oleh mereka di hadapan Allah dan berkata mereka itu kepada Allah, ‘Wahai Allah! Ambil olehmu bagi kami dengan hakmu daripada lelaki ini. Iaitu selesaikan dulu hak kami dan kewajipan lelaki ini terhadap kami, sebab ia tidak mengajar kepada kami suatu hukum pun. Lelaki ini tidak menunjuk ajar kepada kami tentang hukum-hukum syariat dan hukum-hukum agama yang telah Engkau turunkan ke dunia. Oleh itu kami sekarang hendak menuntut hak kami. Kerana dialah kami jahil. Kami tidak kenal apa-apa melainkan makan minum dan rumahtangga kami sahaja. Hati kami gelap dan akal kami pun gelap dan hati kami juga buta.Dan lelaki ini telah memberi kami makanan daripada harta-harta yang haram.Dia menerima harta riba dan rasuah dan diberinya kami makan.Dia membeli barang-barang najis dan menyuruh kami makan. Sedangkan kami mengetahui pada ketika itu samada barang itu haram atau halal.Baru hari inilah kami sedar.Oleh itu Wahai Tuhan,tahanlah ia dahulu, dan kami minta segala kesalahan yang ada pada kami serahkan padanya.
Maka pada ketika itu setelah anak dan isteri mengadu dan merayu kepada Allah, Allah menerima segala pengaduan kerana saksi-saksinya telah jelas. Dan kalaulah pada ketika itu kita masih cuba berbohong,maka setiap helai rambut kita, semuanya akan menjadi saksi. Setelah diadili setiap kesalahan yang diadukan oleh anak isteri itu, maka Allah membalas akan kesalahan itu dengan siksa yang amat pedih dan dahsyat walaupun kebajikannya banyak dan walaupun timbangan amalnya begitu berat sekali. Kesalahannya terhadap anak isteri kerana tidak menyampaikan seruan agama ketika di dunia hingga menyebabkan mereka jahil itu boleh menghapuskan semua amal kebajikannya. Akhirnya suami itu terjerumus sama ke dalam neraka.
Adapun salah satu daripada kebinasaan yang boleh menimpa kepada seorang suami sepertimana yang difirmankan di dalam Al Quran yang maksudnya:
“Wahai sekelian orang yang beriman, janganlah segala harta-harta dan anak-anak kamu cuba melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi di akhirat kelak.”
Firman Allah lagi yang maksudnya:
“Barangsiapa yang berpaling dari mengingatKu (Allah),maka hidup yang sesat sempitlah jadi baginya.”
Ingatlah satu peringatan Allah kepada seorang suami agar suami-suami sedar bahawa harta-harta serta anak-anak isteri boleh melalaikan mereka daripada mengingati Allah atau khusyuk di dalam beribadah kepada Allah.
Di antara perbuatan mengingati Allah yang terpenting sekali ialah sembahyang. Kalau di dalam sembahyang kita asyik teringat bagaimana hendak mengumpul harta untuk memberi kemewahan dan kesenangan kepada anak isteri atau bagaimana hendak memujuk hati isteri supaya dia sentiasa gembira, maka jangan mimpilah di dalam perkara-perkara lain kita boleh ingat kepada Allah seperti ketika kita bekerja mencari rezeki,ketika kita mendapat kesenangan dan sebagainya. Dan yang paling menyedihkan ialah dalam usaha dia mengumpulkan harta-harta itu, dia tidak akan menghiraukan lagi tentang larangan-larangan Allah dan tidak memikirkan bagaimana hendak mendapatkan harta yang halal. Orang-orang seperti inilah yang akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang membinasakan diri di sebabkan oleh anak dan isteri.
Dalam pada hati seseorang itu sentiasa bimbang untuk mendapat berita untuk anak dan isteri yang kononnya akan menjadi bekalan bagi mereka apabila dia telah mati nanti, maka kata ulama, orang seperti ini biasanya akan menjadi orang yang bakhil, lokek dan kikir. Apabila seseorang itu sudah bakhil, lokek dan kikir, inilah celaka yang paling besar yang boleh membinasakan dirinya. Bukan sahaja bakhil yang dimilikinya itu merupakan bakhil yang berkaitan kepada perkara yang menjadi wajib bagi dirinya, seperti mengeluarkan zakat dan membantu fakir miskin serta anak yatim.
Kalau hartanya telah menjadi begitu banyak, rasa takut dan bimbang lahir di dalam hatinya kalau-kalau dicuri orang, maka dia akan menyimpannya di dalam bank. Hasil dari simpanan itu, hartanya akan bertambah atau beranak-ranak kerana riba yang dibayar oleh bank.Dengan demikian akan bertambah lagi satu kecelakaan bagi dirinya. Lebih-lebih lagi celaka bagi dirinya,kalau dia hanya mengeluarkan bunga dari simpanannya itu untuk makan minum dan belanja anak isterinya.Jelaslah suami itu sendiri memasukkan najis ke dalam perutnya dan perut anak isterinya.
Lagi satu kebinasaan yang akan menimpa kepada seseorang suami itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali ialah akibat daripada suami-suami yang tidak melaksanakan hak kepada anak-anak dan isteri.Mereka-mereka ini adalah terdiri dari suami-suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya sehingga sanggup membiarkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat.
Perkara yang melanggar syariat yang boleh dilakukan oleh anak isteri adalah banyak sekali daripada perkara yang haram hinggalah kepada perkara yang makruh dan dari kemungkaran yang kecil-kecil hinggalah kepada kemungkaran yang besar-besar. Seorang suami itu boleh menerima kecelakaan, kalau anak-anak dan isterinya melakukan kemungkaran atau melanggar syariat seperti mengumpat, mengeluarkan kata-kata lucah, mendedahkan aurat, mendengar lagu-lagu yang mengkhayalkan atau anak-anak perempuannya atau isterinya memandang kepada seseorang lelaki yang bukan muhrimnya.
Begitu juga, syariat melarang keras suami tunduk dan menjadi hamba kepada isterinya. Kecelakaanlah bagi suami-suami yang mengikut cakap isterinya dengan ertikata cakap-cakap isteri yang melanggar hukum-hukum syarak.
Misalnya, di dalam soal poligami. Allah swt mengizinkan suami untuk berkahwin lebih dari satu iaitu dua, tiga dan empat. Syariat tidak mensyaratkan suami untuk mendapat keizinan isteri kalau hendak berkahwin lagi satu samada yang kedua, ketiga atau keempat. Kalaulah ada syarat-syarat yang menghendaki suami meminta izin daripada isteri-isteri untuk berkahwin lagi satu, ini adalah satu kecelakaan kepada suami kerana suami terpaksa tunduk kepada isterinya dalam hendak melaksanakan perkara yang dibenarkan oleh syariat.
Ertinya, kalaulah ada suami yang hendak berkahwin lagi satu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa meminta izin kepada isterinya, suami telah menjadi hamba kepada isterinya. Di sini bukan pada suami sahaja yang berlaku kecelakaan itu, malah pada isteri pun demikian juga kalau isteri-isteri yang menghalang suami berkahwin lagi satu adalah menentang hukum syarak.
Seorang suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya atau menjadi Pak turut, suami itu telah tunduk kepada hawa nafsu isterinya. Suami seperti ini, sebenarnya tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, maka suami itu dianggap sebagai seorang yang dayus. Orang yang dayus tidak akan masuk syurga. maka tersuratlah di depan pintu syurga sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:
“Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus.”
Inilah ancaman kepada seorang suami yang tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, suatu ancaman yang datang dari Allah swt dan Rasulullah saw. Di dunia ini kita diancam tetapi bila di akhirat kelak kita tidak akan diancam lagi tetapi kita akan ditempelak. Allah akan tempelak kita sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Adakah tidak kami datangkan ke atas kamu Rasul-Rasul?Menerangkan kepada kamu ayat-ayat Kami,pengajaran-pengajaran Kami tentang suruh dan larangan.Kenapa kamu tidak suluh? Kerana apa kamu tidak terima?Kerana apa kamu tidak ikut? Meraka akan jawab, “Ya Allah! Rasul-Rasul sudah datang, Rasul-Rasul sudah terangkan dan Rasul-Rasul telah tinggalkan semua itu kepada kami. Tetapi kami lupa dan kami yang buta.“Kemudian di jawab Allah,” “Apa boleh buat kerana sekarang ketetapan azab sudah berada, ketepatan azab sudah berlaku, ketepatan azab sudah tetap di atas kamu. Kamu akan terjun ke neraka.”
Jelas sepertimana apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali bahawa orang yang tidak mampu mengajar anak isterinya,tidak mampu menerangkan hukum-hukum Allah dan tidak mampu menyampaikan yang hak kepada anak dan isterinya,maka dialah orang yang menempah jalannya ke jurang kebinasaan iaitu terjun ke dalam neraka.
Kemudian menurut Imam Ghazali lagi, bahawa sesungguhnya kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumahtangga itu adalah sangat banyak dan sangat merata, hingga tidak dapat hendak diperkatakan satu persatu. Seseorang itu tidak akan dapat sejahtera daripada kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik anak isteri di dalam rumahtangga. Dan orang itu pula adalah yang mendapat pimpinan Allah setelah dia benar-benar suami yang sentiasa berdoa dan memohon sungguh-sungguh kepada Allah agar Allah membantu dia dalam mendidik dan menakluki anak isterinya, agar dia benar-benar dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah diamanahkan Allah swt kepada anak dan isteri.Dan akan anak dan isteri pula sanggup menerima dengan lapang dada.
Dalam hal ini tunjuk ajar suami adalah dengan tujuan agar anak dan isteri dapat memiliki iman orang-orang saleh kerana apabila mereka dapat memiliki iman ini, mereka juga kelak akan beramal sebagaimana orang saleh beramal. Dan sekiranya suami tidak berupaya menunjuk ajar mereka, serahkan kepada tok-tok guru..Ajak mereka mengaji Fardhu ain sama-sama. Sebab ini adalah kewajipan suami yang bukan saja tinggal di dunia saja tetapi akan berkait hingga ke akhirat. Di sana sebagai suami akan ditanya dan akan diungkit lagi oleh Allah swt.

ditulis oleh: Syasya