Thursday, March 6, 2008

Fasakh

Pengertian Fasakh

Fasakh ialah membatalkan pernikahan dengan kuasa kadi kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika akad ataupun terdapatnya kecacatan pada isteri atau suami.
Erti fasakh menurut bahasa adalah rosak ataupun putus manakala menurut syarak pula bermaksud pembatalan nikah oleh sesuatu sebab yang dibenarkan syarak.
Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya tetapi fasakh hanya boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan pada pihak isterinya.Mengikut mazhab Syafie,seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan pada suaminya.

Penceraian melalui fasakh tidak boleh dirujuk semula. Jika ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru. Fasakh boleh berlaku kerana :
  1. Terdapatnya kecacatan ketika akad seperti tidak menepati syarat-syarat pada Rukun Nikah.
  2. Terdapatnya kecacatan pada rumahtangga yang disebabkan oleh suami/isteri

Sebab-sebab yang mengharuskan fasakh(disebabkan oleh suami/isteri)
Fasakh bererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Amla seperti berikut :
1)Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.
2)Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.
3)Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
4)Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
5)Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.
6)Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.

Cara melakukan Fasakh
1.Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh.
2.Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka.
3.Jika dapat dibuktikan pengaduan yang doberiakn adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya.
4.Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

Hikmah Fasakh

1. Mengelakkan isteri dianiayai dan diseksa oleh suami.
2. Menunjukkan keadilan Allah kepada hambanya. Jika suami diberikan talak, isteri diberikan fasakh.
3. Memberi peluang isteri berpisah daripada suaminya dan memulakan hidup baru.
4.Memberi ketenangan jiwa kepada pasangan tersebut setelah berpisah.

Hafeez

7 Comments:

At August 25, 2012 at 9:08 PM , Anonymous Anonymous said...

saya ingin bertanya mengenai fasakh. jika suami saya dengan sengaja tidak memberikan nafkah zahir yang sepatutnya dan nafkah batin selama perkahwinan kami (setahun setengah) adakah saya layak untuk menuntut fasakh?

 
At June 4, 2013 at 3:57 PM , Blogger Unknown said...

Jika suami tidak memberi nafkah selama 5 bulan dan meminta 5000 sebagai tebus talak..adakah boleh dilakukan tebus talak tersebut dan dalam keadaan isteri tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu.bolehkah isteri menuntut fasakh dan suami menuntut tebus talak dan yang mana akan di terima pakai oleh syariah..

 
At June 4, 2013 at 4:01 PM , Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

 
At March 5, 2014 at 9:44 PM , Blogger Unknown said...

Boleh ka sya mnta fasakh jika suami sy telah melakukan zina dgn ppuan lain & ingin mengahwini ppuan trsebut..

 
At June 1, 2014 at 2:10 AM , Blogger love_catzz said...

Kami slalu bgduh tnpa mngetahui punca...ade 2ank yg sgt chomel... klu blh xnk la bpisah sbb ank2 sy sgt bijak tp bila suami blk ank jg ttekan sbb bila tgk suami bentak2 n cpt naik darah... gaduh sgt kerap berlaku, smpilah tduh mnuduh... trasa sgt mnyusahkan hdup isteri... dh bbincang kluwrga kdua2 pihak msih tmui jln buntu n makin teruk.. nfkah jgn ckp la overtime spruh nyawa hjung bulan msih lg isteri yg tbeban.. dh pergi kaunseling tp jd mkin teruk.. skrang sy dh xde ape2 rs dgn dia.. yg ade cme marah n benci....

 
At June 25, 2020 at 8:46 PM , Blogger Unknown said...

Sy nk tnya isteri sy mtk fasakh sbb sy judi dan isap dadah itu dlu skrg tk lg.jd mcmana sy tk nk bercerai dngn isteri sy dh 11 thun ank 4 ape yg patut sy jwb dmhkamah jika dpgl.sy sygkn rmh tngga sy

 
At June 25, 2020 at 8:47 PM , Blogger Unknown said...

Sy nk tnya isteri sy mtk fasakh sbb sy judi dan isap dadah itu dlu skrg tk lg.jd mcmana sy tk nk bercerai dngn isteri sy dh 11 thun ank 4 ape yg patut sy jwb dmhkamah jika dpgl.sy sygkn rmh tngga sy

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home