Walimatulurus / Kenduri Kahwin
Walimatulurus
Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat Muakad kerana perbuatan tersebut adalah baik dan mulia. Tujuan Islam menggalakkan walimatulurus diadakan ialah:
Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan
Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak
Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."
Menghadiri walimatulurus apabila dijemput adalah wajib sekiranya tidak ada keuzuran. Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:
Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
Tidak memeningkan perkara haram dalam tersebut
Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.
Masa mengadakan kenduri
Mazhab Maliki - disunatkan selepas dukhul
- semasa akad nikah
- semasa akad dan selepas dukhul
Mazhab Hanbali - sebelum dukhul
Syarat-syarat wajib hadir ke majlis kenduri kahwin:
- Tetamu jemputan itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
- Yang menjemput itu hendaklah beragama Islam.
- Tetamu yang dijemput juga hendaklah beragama Islam.
- Kenduri itu bukan dari sumber yang haram.
- Tetamu jemputan itu tidak menerima jemputan yang lain terlebih dahulu, jika ada, hendaklah dia menghadiri jemputan yang lebih dekat dari segi kerabat.
- Tidak ada unsur kemungkaran dalam kenduri seperti minuman keras dan pergaulan bebas antara tetamu lelaki dan perempuan.
Isma Nazrizal
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home