Susunan Wali
Susunan Wali
Susunan wali mengikut tertib alah:
- Bapa kandung
- Datuk sebelah bapa ke atas
- Saudara lelaki seibu-sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak saudara lelaki seibu-sebapa
- Anak saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
- Bapa saudara seibu-sebapa
- Bapa saudara bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
- Bapa saudara datuk seibu-sebapa
- Bapa saudara datuk sebapa
- Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
- Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
- Sekalian asabah kepada seorang muktiq
- Raja/Sultan.
Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda:
“Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)
Jenis-jenis wali :
1) Wali mujbir – boleh mengahwinkan anak gadis sama ada kecil atau besar
tanpa keizinannanya (bapa dan datuk)
2) Wali bukan mujbir – tidak boleh mengahwinkan seorang anak gadis tanpa
keizinan mereka (selain bapa dan datuk)
Wali Ab’ad dan wali aqrab:
Wali Ab’ad :wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali.
Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut
susunan wali
Syarat sah untuk mengahwinkan anak dara tanpa persetujuan mereka:
Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuan anak dara itu adalah sah dengan syarat:
Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya yang mengahwinkannya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada.
Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu.
Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.
Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami.
Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu.
6. Bakal suami itu bukanlah orang yang menyusahkan bakal isteri seperti orang yang cacat dan sebagainya.
Perempuan Janda
Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh mengahwinkan perempuan janda kecuali hendaklah mendapat izin perempuan itu terlebih dahulu. Rasulullah saw telah bersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda, “Perempuan janda diajak bermusyawarah tentang urusan dirinya, kemudian jika ia diam, maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak maka tiada paksa ke atasnya”. (Riwayat Al-Khamsah kecuali Ibnu Majah)
Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw telah menyatakan:
“Dari Khansa’ binti Khadam, bahawasanya bapa Khansa’ telah mengahwinkan dia, sedang ia perempuan janda, lalu ia tidak suka demikian itu. Kemudian ia datang kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menolak perkahwinan itu”. (Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
Ini bermakna perempuan janda mempunyai kuasa menolak perkahwinan yang dibuat tanpa kebenarannya iaitu ia boleh menuntut cerai di Mahkamah Syariah.
Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?
Mengikut pendapat Mazhab Syafi’e dan Hambali, wali fasik tidak boleh atau tidak sah menjadi wali nikah. Ini berdasarkan sebuah hadith dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada saksi yang adil”. (Riwayat Ahmad)
Yang dimaksudkan dengan adil ialah :
1) seseorang itu berpegang kuat (istiqamah) kepada ajaran Islam
2) menunaikan kewajiban agama
3) mencegah dirinya melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan sebagainya serta berusaha tidak melakukan dosa-dosa kecil.
Untuk menentukan seseorang wali itu bersifat adil atau fasik adalah memadai dilihat dari segi zahir atau luaran sahaja ataupun memadai wali itu mastur iaitu kefasikannya tidak diketahui kerana untuk menilai kefasikan secara batin adalah susah. Walau bagaimanapun jikalau Sultan atau Raja itu fasik yang menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali maka kewalian itu tetap sah kerana kesahihannya diambilkira dari segi keperluan terhadap wali Raja.
Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim
1): Tidak Ada Wali Nasab
2) Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat
3) Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat
4) Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
5) Wali Enggan
6) Wali Berada Jauh Atau Ghaib
7) Wali Mewakilkan Kepada Orang Lain
- syarat-syarat sah orang yang boleh menjadi wakil wali ialah:
Lelaki
Baligh
Merdeka
Islam
Berakal (akal tidak lemah)
Perwakilan itu tidak boleh dibuat semasa orang yang memberi wakil itu menunaikan ihram haji atau umrah
ditulis oleh: Misha
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home