Sunday, March 2, 2008

Perkahwinan Misyar

Utamakan isu ekonomi bukan misyar

Orang Melayu seharusnya menekankan isu-isu berkaitan pendidikan dan ekonomi daripada membincangkan isu remeh temeh termasuk perkahwinan misyar.Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyatakan rasa kecewa berhubung isu tersebut yang menjadi topik perbincangan hangat oleh pelbagai pihak akhir-akhir ini.``Isu ini sebenarnya hanya isu kecil, kita sepatutnya bincangkan isu lebih besar seperti seruan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin melihat bangsa Melayu maju, berketrampilan dan berdaya saing.``Saya amat kecewa kerana isu ini menjadi isu besar seolah-olah orang Melayu tiada isu hendak dibincangkan dalam tanah air sendiri.``Kita ada masalah pendidikan, ia melibatkan anak-anak Melayu yang kurang menonjol di institusi-institusi pengajian tinggi, jadi masalah ini perlu dipandang lebih serius,'' kata beliau.Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai isu perkahwinan misyar ketika memberi ucaptama pada Mesyuarat Agung Kali ke-7 Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Tambah Muhammad, masyarakat Melayu seharusnya lebih menekankan tentang isu perjuangan bangsa Melayu bagi mewujudkan Melayu unggul.``Saya berharap isu-isu berkaitan pendidikan dan ekonomi harus dijadikan tajuk utama dan bukannya isu remeh sebegini,'' kata beliau.Dalam ucaptama itu, beliau menyentuh mengenai isu perkahwinan misyar yang cukup hebat diperdebatkan oleh pelbagai pihak termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga artis popular masa kini, Asmawi Ani atau Mawi juga membicarakan isu tersebut.Syor perkahwinan misyar itu dilontarkan oleh pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid sebagai jalan keluar mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin.Ia juga dikatakan mampu mengurangkan perlakuan maksiat dalam masyarakat.Dalam perkahwinan yang banyak diamalkan di kalangan wanita berkedudukan tinggi negara-negara Arab itu, suami tidak lagi perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir tetapi cukup hanya memenuhi nafkah batin isteri.
ditulis oleh : Izzat b Saffian

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home